“Tak payah sibuk urusan orang, duk diam” Ali Puteh respon

8,170 views

Dua hari lalu, balu kepada Abam Bocey iaitu Hidayah ada membuat kenyataan meminta bekas adik ipar iaitu pelawak Ali Puteh, untuk melunaskan hutang samannya yang masih belum lagi langsai. 

Sehingga kini Hidayah mengatakan Ali masih lagi belum membayar amount sebanyak RM76k kepadanya setelah mahkamah memutuskan Hidayah menang kes saman pada tahun 2022. 

Dek kerana itu ramailah warga maya yang menulis komen di ruangan media sosial Ali Puteh berkenaan hal ini. 

Antara komen yang ditinggalkan ialah meminta untuk Ali Puteh membuat pembayaran kepada Hidayah setelah hampir setahun berhutang. 

Semalam Ali Puteh ada menulis reply kepada seorang warga maya yang menulis komen berkenaan. 

Ali Puteh meminta individu berkenaan jangan sibuk dengan urusannya. 

“Tak payah nak sibuk lah kak urusan orang. Duduk diam je lah, sibuk sangat.” Tulis Ali Puteh. 

Ini paparan komen berkenaan. 

Selain itu, menerusi satu laporan Oh Bulan, Ali Puteh ada menjawab persoalan tentang isu ini ketika tampil di siaran langsung. 

Ali Puteh akui banyak pihak media yang menghubunginya untuk mendapatkan kenyataan setelah Hidayah membuat pendedahan. 

Namun kali ini, Ali Puteh berkata dia dah tak mahu layan dan hanya fokus dengan perniagaannya saja. 

“Jangan risau, kali ni saya matang, tak ada nak buat kenyataan. Sekarang saya nak fokus berniaga saja. Biarlah orang berkata, nanti dia penat dia berhentilah.” 

“Memang media banyak yang hubungi dan call saya, cumanya kali ini saya tak nak layan. Bukannya apa, kalau dilayan nanti timbul masalah pula.” 

“Saya ambil tindakan bijak, masak sambal saja, teruskan perniagaan saya.” 

Kata Ali Puteh lagi, dia memang sedang seronok untuk berniaga dan dah tentu akan ada orang lain yang tak senang melihatnya. 

“Biasalah tu, saya ni sedang seronok berniaga. Mana boleh orang tengok kalau kita ni senang.” 

“Kalau tengah berniaga ni, takde orang yang nak jatuhkan orang lain, kecuali orang kita sendiri. Oleh itu tak payah nak layan.” 

Itulah sedikit respon dari Ali Puteh tentang isu ini setelah Hidayah membuat pendedahan hutangnya masih lagi tertunggak.