Ketika menerima kehadiran Bilal, anak pertamanya, Neelofa dan suami, PU Riz, mengambil pendekatan untuk tidak menunjukkan wajahnya, tetapi kini, nampaknya Neelofa lebih terbuka untuk anak keduanya iaitu Abdullah Abbas.
Menerusi laporan Mstar, semalam buat pertama kalinya, pelakon dan pengacara ini telah menunjukkan wajah anak keduanya itu menerusi pantulan cermin.
Ketika itu, Abdullah Abbas sedang menjalani satu sesi bergambar.
Dari video yang dimuatnaik oleh Little Nunha, anak kedua Neelofa itu sedang terbaring di atas baby mattress dan diletakkan cermin disebelahnya.
Abdullah Abbas yang kini sudah berumur sebulan lebih, dilihat dalam keadaan selesa dan memerhatikan cermin tersebut.
Ada jurugambar yang sedang sibuk mengambil gambar anak keduanya itu.
Ini videonya.
Dalam video itu, memang jelas kelihatan wajah Abdullah Abbas. Tidak ada sebarang sticker untuk menutup wajah anak keduanya itu.
Abdullah Abbas di lahirkan pada 11 Julai 2023 yang lalu dan kini umurnya sudah pun satu bulan lebih.
Sebelum ini, Neelofa turut memuatnaik beberapa gambar lain, namun tidak menunjukkan wajah Abbas.
Antaranya ialah moment ketika Bilal melihat adiknya itu.
Ada juga foto yang menunjukkan Abbas sedang berbaring dalam posisi meniarap.
Selain itu, ada juga video lain seperti Pu Riz sedang melayan Abbas, seperti ketika sedang baring bersama dan Pu Riz sedang mendukungnya.
Nampaknya kali ini Neelofa dan suami memilih untuk lebih rileks dan tidak meletakkan sebarang sticker.
Sebelum ini warga maya sering berbalah kerana Neelofa mengambil masa yangagak lama untuk mempamerkan wajah baby Bilal.
Hanya selepas 8 bulan, barulah Neelofa dan PU Riz memuatnaik gambar penuh wajah baby Bilal.
Sudah tentu antara yang dirisaukan jika tayang wajah baby ialah khuatir untuk terkena ain.
Apapun kita tunggu saja, gambar dan juga video penuh Abdullah Abbas dari Neelofa dan suaminya, mungkin baby kedua ini tak lama macam baby Bilal, mungkin tak lama lagi saja.