“Kencing keluar ular” Pendedahan isteri pelakon Azlan Komeng

3,927 views

Isteri kepada pelakon Azlan Komen iaitu Nur Nilam Ortiz sebelum ini mendedahkan bayi dalam kandungannya telah hilang secara tiba-tiba. 

Jelasnya, dia sudahpun pergi mendapatkan pemeriksaan di klinik, namun ianya masih lagi menjadi misteri. 

Bagi Nur Nilam, dia percaya ini ada kaitan dengan bekas kekasih suaminya yang telah menghantar ilmu hitam kepadanya dan suami. 

Semalam, pihak Caprice telah memanggil Nur Nilam untuk ditemubual menerusi satu podcast. 

Nur Nilam Ortiz kemudian menceritakan beberapa kejadian yang amat pelik terjadi kepadanya. 

Antara yang paling pelik ialah keluarnya anak ular dan juga seakan ulat kecil dari tempat pembuangan air kecil. 

“Bila saya sakit, ada yang mesej kata padan muka, dia mahu buat saya, anak saya sampai tak bernyawa.” 

“Contohnya, pernah tak bila perempuan kencing keluar ular. Yes keluar ular kecil-kecil, macam anak ular, juga ada ulat.” 

“Ini medical ke apa? Ini dah tentu benda spiritual betul tak.” 

“Kemudian apabila ada orang yang mengurut saya, keluar pula pasir. Saya mana ada pergi pantai.” 

“Orang yang urut juga kata, perut saya macam ada ular, rasa ekor ular.” 

“Masa tu pun ada keluar darah selama tiga bulan, walhal masa tu sedang pregnant.” 

“Saya pun dah pergi jumpa pihak doktor untuk buat pemeriksaan.” 

“Bila pergi buat scan, tak ada apa pun. Masa tu ada baby dalam kandungan saja.” 

“Sekarang ni, patutnya saya dah pregnant 8 bulan, tapi sekarang perut dah kempis.” 

Tambahnya, dia pun dah pergi berubat secara tradisional setelah kejadian ini berlaku. 

Dalam pada itu, Nur Nilam berkata, sampai sekarang dia belum pasti individu yang membuat kerja berkenaan namun syak bahawa salah seorang bekas kekasih Azlan Komen. 

“Yang buat kerja ni seorang je, tapi masih belum tahu siapa, atau yang mana satu bekas kekasihnya yang buat.” 

“Motifnya hanya untuk mengganggu rumah tangga kami. Dan ini mungkin juga ada dendam.” 

“Mungkin individu tu kata, saya lah punca Azlan Komeng tinggalkan dirinya.” 

“Kerja dia ni sangat licik, dia pun guna nombor yang tak dapat dikesan.” 

Tentang suami, Azlan Komeng, Nur Nilam berkata suaminya dah tak berhubung dengan wanita lain setelah berkahwin. 

“Selama dah dua tahun berkahwin dengan Azlan Komen, dia pun dah tak berhubung dengan bekas kekasihnya.” 

“Saya pun yang jaga suami saya, phone dia pun saya yang angkat.” 

Itulah sedikit sebanyak cerita dari isteri kepada Azlan Komen iaitu Nur Nilam Ortiz tentang kisah yang melanda dirinya sehingga anak dalam kandungan hilang tiba-tiba.