Janna Nick istighfar selepas lontar dialog kesat di tanah suci

2,127 views

Ketika ini sedang ditayangkan sebuah drama bersiri berjudul Surat Dari Tuhan lakonan Janna Nick, Shukri Yahya dan Ummi Nazeera sebagai teraju utama. 

Ada satu babak dalam drama ini yang mana dilakonkan di tanah suci Madinah. 

Babak berkenaan menunjukkan Janna Nick sedang berlakon memarih ibu mertuanya yang dilakonkan oleh Sheila Mambo. 

Adegan itu di dalam bilik di sebuah hotel yang berlatar belakangkan Masjid Nabawi. 

Ini babak tersebut.

Ternyata para penonton kurang senang babak tersebut dilakonkan apatah lagi ayat yang diguna pakai oleh Janna Nick itu agak kasar bunyinya. 

DITEGUR USTAZAH ASMA

Hal ini turut mendapat teguran dari penceramah iaitu Ustazah Asma. 

Ini antara kenyataan dari ustazah. 

“Lakonan itu dibuat di sebuah hotel di Tanah Suci, memang nampak dibelakangnya Masjid Nabawi. Saya terkejut macam mana boleh terfikir nak buat skrip macam ni, dengan menggunakan makam Nabi.” 

“Adalah tak wajar perkataan itu dijadikan sebagai satu dialog. Kita diajar untuk menjaga lidah, jaga akhlak dan perbuatan semasa berada di Tanah Suci.” 

Di laman media, ramai yang melahirkan rasa kurang senang dengan hal ini. Para penonton mengakui ianya agak keterlaluan. 

JANNA NICK TAKUT

Dalam pada itu, pelakon Janna Nick akhirnya bersuara tentang adegan tersebut. 

Kata Janna Nick, dia sebagai pelakon, turut berasa khuatir semasa melafazkan ayat-ayat dialog itu. 

“Sepanjang saya ada dalam dunia lakonan ni, memang ini merupakan watak yang paling tak baik saya pernah dapat.” 

“Namun, jauh di sudut hati saya, memang saya sedih dengan watak saya ni iaitu Misha.” 

“Kadangkala, bila tengah penggambaran di Mekah dan juga di Madinah, saya sampai rasa takut untuk teruskan beberapa adegan.” 

“Memang risau jika perkataan yang lontarkan sebagai watak Misha itu akan termakbul.” 

Jelas Janna lagi, dia juga telah beristighfar jika mengeluar kata-kata yang tak baik sepanjang berlakon di tanah suci itu. 

“Saya istighfar banyak, selepas setiap kali keluarkan dialog yang kesat, kasar.” 

“Watak ini pasti akan menjentik hati penonton, harapnya akan sampai mesejnya.” 

Itulah antara kata-kata dari Janna Nick tentang lakonannya untuk drama Surat Dari Tuhan yang sedang tular ini.