Scha Alyahya juga tolak hadiri event brand antarabangsa

1,147 views

Pelakon dan pengacara Scha Alyahya diketahui memang banyak berkolaborasi dengan jenama antarabangsa. 

Namun di saat ini, ketika saudara seagama sedang berjuang demi kelangsungan hidup, pergolakkan yang sedang berlaku ketika ini, membuatkan Scha mengambil langkah drastik. 

Jelas Scha, dia telah menolak dengan baik sebarang jemputan yang dikatakan memberi sokongan kepada negara yang dilabel sebagai penjajah. 

Isteri Awal Ashaari ini berkata, dia juga telah menyusun semula jadualnya sepanjang pergolakkan berlaku.  

“Kena percaya bahawa Tuhan Yang Maha Esa yang memberi kita rezeki.”  

“Memang ada brand jemput pergi majlis, namun saya telah menolaknya dengan baik. Pihak brand tersebut bukannya tak peka tentang isu ini, namun mereka pun ada kalendar erta jadual, oleh itu mereka kena ikutinya.”  

“Tetapi kita ni sebagai talent, dan juga selebriti, kita memang ada pilihan. Saya akan cakap saya kurang selesa dengan apa yang terjadi sekarang, saya rasa kita perlu tunda tarikh yang baru.”  

“Pihak brands buat masa kini pun faham dengan saya.” 

“Bagi saya komunikasi itu amat penting.”  

“Kita kena jadi bijak sikit dari hanya ikut arahan saja.” 

Kata Scha lagi, dirinya memberi sokongan kepada negara saudara kita di tanah arab, serta menolak negara penjajah berkenaan, tetapi dibuat secara berlapik, tak terlalu kasar. 

“Kita boleh tunjuk sokongan namun kita tidak boleh menulis terlalu kasar, kena tahu berlapik sikit. Yang paling penting, kena tahu apa nak cakap.” 

“Janganlah takut untuk beri sokongan, sebab kita di Malaysia. Kalau ada pihak yang kurang senang, itu salah merekalah.” 

Scha mendedahkan memang ada wargamaya, mungkin bukan dari Malaysia la agaknya, yang bertindak mempersoalkan Scha apabila menyokong negara yang tertindas. 

“Tiada ugutan yang saya terima, tetapi adalah mesej, dan juga komen-komen, tapi itu semua saya dapat handle.” 

Sikap Scha Alyahya ini mendapat pujian ramai sehingga ada yang melabelnya seorang yang beauty with brain.