Isteri kepada Shuib, Watie telah mendedahkan bahawa suaminya itu memang masih lagi ada rasa sayang dengan arwah isterinya, Siti Sarah.
Antaranya, Watie menyatakan, ada pakaian yang digunakan oleh arwah Siti Sarah, masih lagi disimpan oleh Shuib.
Ianya dijadikan sebagai tempat melepaskan rindu kepada Siti Sarah yang sudah pergi selamanya pada tahun 2021.
Kadangkala, pakaian itu juga selalu saja dibawa oleh Shuib untuk pergi kemana mana.
“Ada pakaian terakhir arwah Siti Sarah, suami saya Shuib akan bawa ke mana-mana pergi. Dia pegang dan cium. Jika buka saja almari pasti akan nampak pakaian itu.”
Pakaian terakhir Siti Sarah itu telah dijaga dan disimpan rapi oleh Shuib.
Malah, Watie memberitahu, suaminya itu pernah memarahi pembantu rumah yang baru kerja, kerana telah mengalihkan pakaian tersebut.
“Pernah ada bibik baru yang tidak tahu ini baju arwah, jadi dia pun alihkan baju itu. Memang terus bibik kena marah.”
Watie berkata sedemikian ketika menjawab pertanyaan dari warga maya.
Sementara itu, Watie juga akui pernah pergi menziarahi kubur Siti Sarah dan ini merupakan pengalamannya ketika kali pertama menziarahinya.
“Semasa di kubur, saya cakap, doakan saya dari jauh. Jika memang saya jodoh dengan suami kakak Siti Sarah, doakan semoga jalan ini dipermudahkan. Kakak janganlah marah saya.”
Watie juga memberitahu, SHuib selalu kongsikan kisah kenangan bersama arwah Siti Sarah kepadanya.
“Pernah dan selalu dia cerita. Pernah tu jam 4 pagi dia terbangun, dan terus menangis.”
Jelas Watie, dia menerima semua itu, kerana dirinya benar-benar ikhlas untuk menjadi isteri kepada Shuib.
Watie juga amat menyanyi anak-anak Shuib dan Siti Sarah, dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.
Semoga Shuib dan Watie akan bahagia selalu bersama keluarga tersayang.