Mimi Lana luah rasa sakit putus cinta, Fazura dan Nabila Huda tampil pujuk beri kata semangat

6,365 views

Semalam, pelakon Mimi Lana telah menulis satu nukilan hati di laman media miliknya. 

Nukilah tersebut menceritakan tentang rrasa kesakitan setelah berpisah atau putus cinta. 

Mimi menulis luahan tersebut di caption setelah memuatnaik gambar dirinya dalam keadaan memejam mata di bawah sinaran cahaya matahari. 

Jom baca nukilan yang ditulis oleh pelakon berumur 27 tahun ini. 

“Putus cinta itu rasa sakitnya umpama waktu telah terhenti. Hidup di antara ingatan yang lumpuh dan rindu yang mencabut nyawa.”  

“Di sebalik senyuman yang telah terbalas, ketika setiap situasi dan pertanyaan itu memiliki luka di balik kamar yang sunyi.”  

“Buat kali ini, magik cinta itu belum dapat dirasa namun rasa kasih dan sayang Itu sentiasa ada.”  

“Mungkin ini sebabnya yang maha cinta itu tiada, yang ada cuma maha pengasih dan penyayang.” 

“Penderitaan manusia juga bermula setelah manusia merasa memiliki. Kesakitan itu hadirnya dari rasa kita yang merupakan pemilik.”  

“Secara berterusan refleks diri dari terus hanyut tanpa sebarang arah.”  

“Semoga hati yang terluka tidak pernah berhenti berkasih sayang sungguhpun cintanya telah pergi.” 

Melihat diruangan komen, ramai yang memberi komen dengan memberi kata semangat kepada Mimi Lana. 

Ini termasuklah beberapa rakan artis iaitu Fazura, Nabila Huda dan juga Riena Diana. 

Mimi Lana sebelum ini dilihat amat rapat dengan Fazura, malah telah pergi bersama ke perhimpunan bersama Fazura. 

Untuk memujuknya, Fazura menulis ini: “Yang paling baik, the best, masih belum datang jua. The best for you, whoever he may be. Peluk sayang.” 

Nabila Huda pula menulis ayat ini: “Hugs baby girl.” 

Untuk info, Mimi Lana dan Shafiq Kyle mengumumkan tidak jadi berkahwin beberapa bulan yang lalu, dan sehingga kini belum ada kenyataan rasmi dari kedua belah pihak.