Belanja bulanan Ahmad Iqbal tak kurang RM50ribu sebulan

3,156 views

Ahli perniagaan yang pernah menjadi penyanyi dan juga pelakon iaitu Iqbal Zulkefli telah mengakui bahawa dia memerlukan paling kurang RM50ribu sebulan sebagai perbelanjaan bulanan. 

Iqbal bercerita tentang perbelanjaan bulanannya itu menerusi satu perkongsian di laman Ig Story miliknya beberapa hari lalu. 

Katanya, bil elektrik rumahnya saja dah pun mencecah RM1600, manakala belanja untuk anak angkatnya pun dah beribu. 

Bagi Iqbal, jika tiada RM50ribu, dia memang sukar untuk jalani kehidupan seperti biasa. 

Ini kenyataan dari pemuda berumur 29 tahun ini.  

“Saya bersungguh kerja berniaga, menjual barang, sebabnya dalam sekelip mata, macam tu saja keluar balik bayar bil elektrik. Susu anak saya pun dah cecah beribu untuk satu bulan.” 

“Basic untuk komitmen saya untuk satu bulan tak kurang dari RM50ribu, ini bermula sejak lima tahun yang lalu. Kalau tiada RM50ribu sebulan ni, saya tak boleh jalani kehidupan seharian.” 

Dalam pada itu, Iqbal mendedahkan apa yang dia kecapi itu merupakan usaha dari dirinya sendiri.   

“Saya berkerja sendiri, tak pernah ditanggung oleh sesiapa. Ini pun bukan untuk saya sendiri sepenuhnya. Belum masuk barang kehendak saya.” 

Selain itu, Ahmad Iqbal juga dilihat ada menjual beberapa barangan di rumahnya termasuklah perabot seperti sofa. 

Namun ianya mendapat kritikan apabila ramai mengatakan perabot berkenaan agak tinggi harganya berbanding di pasaran. 

Ada yang turut menulis komen atau mesej dengan mengatakan perabot berkenaan boleh didapati dengan harga yang lebih murah jika dibeli secara online.  

“Saya kelu memang tak ada jawapan apabila ada individu yang mesej saya melalui DM dan berkata bahawa mereka beli secara online baru berapa ringgit saja.” 

“Macam mana saya nak jawab ni, sebab kalau saya jelaskan nanti akan ada yang kata saya riak pula.” 

Iqbal menambah, dia ada resit bukti pembelian barangan perabot berkenaan, dan menjualnya dengan lebih murah. 

“Macam ni, sebenarnya, setiap barang yang saya beli ni, memang nampak seakan sama tapi bukan benda yang sama. Contohnya sofa, saya beli RM26ribu harganya, saya boleh tunjuk resit.” 

“Untuk TV tu pula dalam RM30ribu. Set pinggan mangkuk pun dah mencecah RM25ribu.” 

“Kalau cari kat online memang nampak sama, tapi bukan. Jangan samakan macam tu, kesian saya.” 

“Saya jual barangan saya ni bukannya mahu untung, sebaliknya saya tak nak simpan. Jika saya beri saja secara percuma nanti ada yang berebut rebut pula dan mengambil kesempatan.” 

“Tapi sekarang ni, kalau saya muatnaik saja, dalam satu minit ada orang terus saja bayar.” 

Itulah kenyataan yang ditulis oleh Ahmad Iqbal.