Rakaman pertelingkahan Aisyah Hijanah dan Alif Teega tular

2,699 views

Hari telah tular pula satu lagi video melibatkan Alif Teega dan juga Aisyah Hajinah. 

Video dari laman media di Tik Tok menggunakan nama 4everkami itu, menunjukkan rakaman suara di antara Aisyah dan juga suaminya itu. 

Kejadian di rumah hijau, suara Aisyah Hijanah dan Alif Teega.” Itu caption di video tersebut oleh 4ever.kami.

Mendengar suara itu, memang jelas ianya seakan mirip suara antara Aisyah dan juga Alif Teega sedang berkelahi antara satu sama lain. 

Suara wanita dikatakan Aisyah berkenaan seakan sedang kecewa setelah dikasari oleh lelaki tersebut disyaki oleh Alif. 

Antara kandungan suara itu ialah Aisyah telah dikasari sehingg akepala dihentak, dan anaknya sebagai bukti setelah nampak perbuatan tersebut. 

Aisyah juga berkata Alif akan masuk lokap kerana kekasaran tersebut.  

“Harini abang akan masuk lokap. Sebab abang dan menghentak kepala abang dekat tepi kepala Aisyah tadi. Khadeejah pun nampak, Aisyah tak mulakan.” 

Alif dilihat cuba memberi justifikasi mengapa dia berbuat sedemikian. 

Ini video tersebut yang dimuatnaik semula oleh Dato Seri Vida.  

Melihat video perbualan ini menjadi tontonan umum, Aisyah Hijanah terus saja membuat satu kenyataan di laman Instagram miliknya. 

Aisyah mengatakan, dia tak boleh nak nafikan tersebarnya rakaman berkenaan. 

Namun Aisyah tak mahu hal ini terus berpanjangan dan menjadi semakin besar. 

Dia mahu menyelesaikan hal ini dengan orang yang terlibat saja.  

“Saya tak boleh  nafikan mahupun membenarkan mana-mana hal. Ini sebab saya tak mahu hal tersebut semakin lama semakin besar.” 

“Biarkanlah saya dan yang terlibat saja selesaikan hal ini dari sudut dalaman.” 

Ini kenyataan dari Aisyah setelah video berkenaan tersebar.

Aisyah Hijanah yang kini sedang hamil turut mengatakan bahawa dirinya kini dalam keadaan baik-baik saja.