Dugaan buat Siti Nordiana menjelang semifinal All Stars Gegar Vaganza

24,559 views

Salah seorang semi finalist All Stars Gegar Vaganza iaitu Siti Nordiana telah mengalami satu dugaan sebelum melangkah ke peringkat akhir. 

Penyanyi berumur 39 tahun ini, telah jatuh sakit sehinggakan sukar untuk bercakap dan tak boleh mengeluarkan suara. 

Hal ini diketahui setelah Siti Nordiana hadir ke satu sesi di mahkamah pada hari Rabu. 

Semasa di mahkamah untuk perbicaraan kes dengan beberapa rakannya, Siti Nordiana hanya mampu menjawab soalan yang diutarakan melalui penulisan saja. 

Nana hanya menulis jawapan melalui iPad miliknya kepada pihak mahkamah. 

Melalui kenyataan pihak peguam, Siti Nordiana tak mampu untuk bercakap dan telah pun pergi mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. 

“Kami dapat maklumat bahawa Siti Nordiana mengalami kesukaran untuk bercakap, dan telah pergi ke hospital kerajaan, malah diberikan cuti sakit, MC.” 

Kes Siti Nordiana kini telah ditangguhkan. 

Dalam pada itu, wakil Siti Nordiana mengatakan, penyanyi berkenaan sudah sakit seminggu lalu. 

Namun pada hari Rabu, ianya bertambah melarat dan semakin kiritkal di bahagian suaranya. 

“Memang dah out untuk cakap. Atas nasihat doktor pakar, dia minta untuk rehat, tak bercakap.” 

“Kalau dilihat dari surat sakitnya, doktor berikan cuti selama 11 hari.” 

“Ye sekarang communicate melalui telefon dan juga dengan cara memberi bahasa isyarat.” 

Ditanya bagaimana dengan persembahan di Gegar Vaganza, ini jawapan wakil dari Nana. 

“Kita masih ongoing treatment, dengan ambil segala ubat ubatan yang diberi doktor.” 

“Doakanlah agar masa semi final nanti suara akan kembali.” 

Itulah perkembangan terkini Siti Nordiana yang telah alami masalah untuk bercakap apatah lagi menyanyi.

Sama-sama kita doakan agar Nana kembali sembuh dan dipermudahkan urusannya.

Selain Siti Nordiana, sebelum ini, ramai peserta All Stars Gegar Vaganza yang turut mengalami isu kesihatan termasuk Naqiu, Jaclyn Victor, dan beberapa peserta lain.