Bekas pemenang Bintang Popular, Nabil Ahmad, memang nama yang cukup dikenali ramai.
Setelah menjuarai rancangan Raja Lawak, Nabil Ahmad terus mengorak langkah ke depan dalam bidang seni dan kini berjaya sebagai pelawak, pelakon, penyampai radio, dan juga pengacara.
Host Gegar Vaganza ini juga mempunyai keluarga yang amat bahagia bersama isterinya Zira Ayub.
Hasil perkahwinan dengan Zira, Nabil kini dikurniakan tiga orang cahaya mata, kesemuanya perempuan.
Sebelum ini, Zira merupakan seorang flight attendant, atau pramugari, dan selepas berkahwin dengan Nabil, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja.
Walaupun ketika itu Zira sedang di waktu kemuncaknya, dah tiga tahun sebagai pramugari, dan mempunyai pendapatan mencecah RM7 ribu, akhirnya Zira berhenti juga demi family.
Menerusi satu kenyataan, Zira berkata, dia pernah menjadi flower pot atau pun model untuk sebuah syarikat penerbangan.
Kerana itu, pendapatannya mencecah RM7 ribu dan itu merupakan gajinya kira-kira 15 tahun yang lalu.
Ini komen dari Zira Ayub.
“Flower pot ni macam, saya pakai uniform, dan akan berada dengan VIP. Kalau lihat kat majalah tu, ada pramugari sebelah bos besar tu, yang tulah flower pot.”
“Sebab berhenti, kerana Nabil ada cakap, dia kata kalau awak terbang sebab kerja, macam mana kita nak jumpa.”
“Saya kata semula padanya, kalau saya berhenti, awak kenalah bayar gaji saya. Apa yang saya dapat tu yang awak kena bagi setiap bulan.”
“Akhirnya dia pun dah bersetuju.”
Zira terus saja berhenti dan kini menjaga keluarganya, membesarkan anak-anak seramai tiga orang.
Oleh itu sehingga kini, Nabil akan memberi sebanyak RM7 ribu kepada Zira setiap bulan sebagai nafkah buat isteri tersayang.
Untuk info, Nabil Ahmad dan Zira Ayub berkahwin pada tahun 2011 dan mempunyai anak bernama Naira Mikayla yang dah masuk 10 tahun, Layla Medyna kini 7 tahun dan paling bongsu Mishall Imani berumur 4 tahun.