Ini punca Liza Hanim menangis di belakang pentas final All Stars Gegar Vaganza

2,864 views

Liza Hanim, salah seorang peserta favorite namun hanya mendapat kedudukan ke empat di All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung Ahad lalu. 

Sebaik tamat konsert, Liza Hanim ada dilihat mengalir ketika ditemubual oleh pihak media. 

Tangisan secara spontan itu membuatkan ramai yang menulis bagaikan kegagalannya membawa gelaran juara All Stars Gegar Vaganza sebagai puncanya. 

Namun sebenarnya itu bukanlah puncanya. 

Melihat ada yang menuduhkan menangis kerana tak dapat gelaran juara, akhirnya Liza Hanim tampil bersuara. 

Penyanyi berumur 44 tahun ini tampil menjelaskan bahawa dia menangis bukan kerana keputusan All Stars Gegar Vaganza yang tak berpihak kepadanya. 

Sebaliknya tangisan itu berlaku ketika dia menjawab soalan media, yang mana dirinya terkenangkan moment dulu ketika bakatnya kurang dihargai, dan ramai yang tak nampak bakatnya, namun kini semakin dihargai. 

Ini soalan dari media yang membuatkan Liza sebak, dan menangis.

Soalan media: “Setelah dua puluh tahun lebih dalam industri, akhirnya bakat yang orang tak nampak dah pun orang nampak, sekarang ni sampai orang dah kata Liza Hanim ni bagus. Dou you realize that atau apa you rasa.”

Liza Hanim sebak mendengar soalan berkenaan yang baginya menyentuh rasa hatinya kerana baginya memang ada moment yang mana ada masa dia mahu berhenti menyanyi dulu.

Ini pula penjelasan dari Liza Hanim setelah videonya mengalirkan air mata menjadi viral, yang didakwa kerana gagal bergelar juara. 

“Saya rasa perlu untuk buat pencerahan memandangkan ramai yang dah salah anggap dan cakap saya menangis pada sidang media GV10 akhir sebab saya tak menang.” 

“Minta semua mendengar semula rakaman video penuh temu bual dan soalan yang menyebabkan saya sebak dan menangis tu.”   

“Saya minta semua platform berita hiburan yang dah sunting temu bual itu agar jadi lebih bertanggungjawab.” 

“Jangan beri naratif yang salah sampai beri gambaran yang tak baik semata hanya mahu tarik pembaca saja.” 

“Sekarang kita sudah boleh move on.” 

Dalam pada itu, Liza Hanim menerima kemenangan rakannya Jaclyn Victor yang dinobatkan sebagai juara. 

Liza Hanim sendiri akui memang Jac wajar bergelar juara. 

“Terima kasih semua yang sokong saya, tetapi jangan sesekali sangkal kemenangan Jaclyn. Saya seronok dan puas hati, sebab dah habis tanggungjawab saya untuk bertanding. Lagi satu saya pun percaya yang saya dah buat yang terbaik, saya tidak kisah apa pun keputusannya.” 

Di pentas akhir, Jaclyn Victor diumumkan sebagai juara All Stars Gegar Vaganza menewaskan tujuh peserta lain termasuklah Liza Hanim.