Sebelum sampai beratur panjang kedai pisang goreng di kedai BananaDibs yang diusahakan oleh pemuda bernama Adib Aidil.
Namun langit tak sentiasa cerah, kini kedai berkenaan sudah lagi tidak beroperasi.
Ramai juga pelik mengapa kedai yang amat terkenal seperti itu akhirnya ditutup.
Kini tuan punya badan iaitu Adib tampil menceritakan apa yang terjadi kepada dirinya.
Melalui satu video, Adib menceritakan kedainya mula alami kerugian yang amat ketara.
Sehinggakan, dia sudah tak mampu nak menanggung kerugian yang dialami kerana sudah tiada sales.
Adib akhirnya mengambil keputusan untuk menutup kedai BananaDibs tersebut.
Jelasnya, penurunan penjualan pisang gorengnya amat ketara sekali.
Dia mengibaratkan, sehari hanya boleh mendapat sales sebanyak 6 sehingga 8 pisang goreng saja.
“Saya ada lima orang pekerja, tetapi sales memang agak menurun. Sehari nak kena bayar pekerja RM300, tetapi bayangkan sales hanya RM100 saja.”
“Parents Adib ada memanggil ustaz untuk periksa, dah dua kali. Memang sebenarnya ada orang hantar supaya kedai saya ni tutup.”
Kata Adib, semasa masih beroperasi, ada customer yang hubunginya dan memberitahu tak nampak kedainya buka walhal ketika itu kedainya masih lagi buka.
Ada juga syiling yang dijumpai di kedainya itu.
“Memang kena hantar, ada jumpa syiling dan ia bukan kebetulan. Memang orang tu mahu kedai saya tutup.”
“Ada juga pelanggan yang hubungi saya kata bertanya kenapa kedai tutup sedangkan kedai itu saya masih lagi buka masa tu.”
“Pelanggan saya telah dikaburi matanya, tak nampak kedai buka.”
Adib menyatakan usaha ustaz berkenaan juga tak bertahan, dan hal yang sama masih lagi berulang.
“Saya cuba bertahan, ustaz datang bantu, tapi keadaan masih lagi sama. Syiling pun masih lagi dijumpai. Selepas sebulan dua cuba bertahan, akhirnya kami tutup.”
Sehingga kini, Adib tidak berbicara siapakah individu yang menghantar barang kepadanya itu.
Untuk info, Adib yang merupakan seorang pilot, amat terkenal dengan tagline, ‘biasa maksudnya’ ketika berbicara bersama cutomer.
Dengan wajah yang tampan dan manis serta bicara yang sopan, kedai Adib terus menjadi tular dan mendapat sambutan ramai.