Caprice kurang ajar – Fathia Latiff

2,101 views

Fathia Latiff pernah membuat satu sesi temuramah ringkas dengan Caprice sebelum terbang ke negara Jepun pada minggu lalu. 

Dalam video Caprice itu, Fathia ditanya mengapa dia telah mengganggu rumah tangga orang yang merujuk kepada Aiman dan juag Zahirah. 

Fathia menafikan hal berkenaan, dan mengatakan bahawa Aiman seorang selebriti dan dia boleh memperkatakan tentangnya secara umum.  

Pelakon Ariana Rose ini juga dilihat ada mengatakan dia masih lagi berdendam dengan Aiman Hakim, yang merupakan bekas kekasih hatinya. 

Yang terbaru, ada satu video dari Fathia yang menunjukkan pelakon ini mengulas tentang video dengan Caprice itu. 

Katanya, memang Caprice sengaja mengajukan soalan yang agak kontroversi dan hanya memuat naik klip video yang menunjukkan dirinya dalam keadaaan tidak betul. 

Fathia turut melabel Caprice sebagai apek yang kurang ajar. 

“Dengan tiba-tiba kau kata nak interview kejap. Aku tahu sangatlah yang si Apek tu. Dia bukannya betul sangat.”  

“Dia sengaja bertanya soalan, kan itu makanan dia. Lepas tu mulalah bertanya soalan-soalan anjing. Lepastu, post yang menampakkan yang diri kita ni bodoh.”  

“Ada ke dia post interview penuh? Dia potong-potong kan, memang kurang ajar Caprice tu. Dia post yang nampak dia okey je, anjir.” 

Selain Caprice, Fathia juga sempat mengulas gigi Zarina Anjoulie. 

Kata Fathia, dia memiliki gigi taring yang original, semulajadi tak seperti Anju.   

“Perasan tak ada sorang minah ni dia ada buat gigi taring, buruk gila. Dia ingat cantiklah tu.” 

“Saya ada natural gigi taring. Dia nak jadi macam saya lah tu. Lepastu dia selalu cakap yang saya nak jadi macam dia, eh muntah weh, kalau kau lawa tak apa juga, ni muka kau pun dan macam pengemis kat Turkey.” 

Ini video penuh ulasan dari Fathia kepada Caprice dan juga Zarina Anjoulie. 

Ketika ini Fathia Latiff sedang berada di Jepun bercuti di negara matahari terbit berkenaan.