Nama dipetik, akhirnya Linda Onn dedah pendapatannya sebagai penyampai radio

4,188 views

Ramai yang teruja apabila mengetahui bahawa pendapatan yang diraih oleh penyampai radio agak tinggi juga. 

Ianya mula diperkatakan setelah pelakon yang juga pernah menjadi penyampai radio iaitu Fauziah Nawi mendedahkan bahawa sememangnya pendapatan para penyampai radio ketika ini boleh mencecah ratusan ribu untuk sebulan. 

Boleh baca artikel tentang komen dari ibu Fauziah Nawi di sini

Ekoran itu, orang ramai mula berbicara tentang beberapa penyampai radio yang amat terkenal di Malaysia. 

Antara nama yang dipetik ialah Linda Onn, yang pernah memeriahkan konti radio tak lama dulu. 

Linda Onn memang satu nama yang cukup gah untuk para pendengar radio. 

Oleh itu, ramai yang mengatakan bahawa kemungkinan Linda antara yang menerima pendapatan lumayan di zaman kegemilangannya. 

Akhirnya Linda Onn sendiri tampil memberi kenyataan tentang pendapatannya. 

“Tengah hangat kat socmed cerita tentang gaji penyampai radio pula. Discussion secara terbuka pula tu.”

“Ingatkan malaslah nak masuk campur tetapi apabila ada orang sebut nama kita, makanya kita pun reply lah.” 

Linda telah muatnaik screenshot yang mana ada mengatakan Linda mendapat pendapatan lebih kurang 40 ribu sebulan. 

“Memandai mandai je awak cakap begitu. Bestnyalah jikalau benar terima gaji macam tu.” 

“Mana pernah Linda dapat macam itu. Sampai ke sudah pun saya tidak pernah dapat tinggi sebegitu.” 

Akhirnya Linda mendedahkan pendapatan yang diraih olehnya di zaman kegemilangannya.  

“Dulu masa saya menang award, nama tengah gah, sebenarnya gaji tak ada pun sampai 10k.” 

“Memang amat bertuah penyampai radio zaman sekarang ni, sampai boleh dapat 50k, 100k, 150k sebulan.”  

“Jika bakatku dihargai dulu sampai dapat macamtu, alangkah best nya.” 

“Mungkin ada juga zaman dulu yang terima 40k ,100k, tetapi nope, Linda memang tak dapat. Why, kenapa? Kita terima saja lah, mungkin standard Linda tak sampai ke tahap itu.” 

Linda berkata, di faham bahawa zaman dulu dan sekarang memang radio begitu berbeza sekali.  

“Yes, saya memang faham. Maybe penyampai radio zaman sekarang ni kualitinya memang berbeza, approach pun berbeza, dan kehendak pendengar berbeza, begitu juag dengan kehendak station.” 

“Apatah lagi sekarang, orang yang dah ada nama dipanggil, ditawarkan jadi penyampai radio. Lagilah berharga.” 

Ini penulisan penuh dari Linda Onn tentang isu gaji penyampai radio ini. 

Pendedahan Linda Onn tentang gaji penyampai radio

Linda Onn, 46 tahun, mula naik namanya setelah bergelar penyampai radio untuk Era FM pada umur 21 tahun, antara yang terawal. 

Kemudian, Linda beralih ke station lain iaitu Sinar, Suria dan juga Kool FM. 

Setelah mula dikenali, Linda terus ceburi bidang lakonan dan berlakon dalam beberapa naskah filem dan juga drama. 

Selain itu, Linda Onn juga masuk ke dunia perniagaan yang mana kini memiliki restaurant terkenal iaitu My Mom Chicken Rice.