Adira dan Datin Red, dua-dua mohon penceraian dari Datuk Red

1,990 views

Ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu mengakui bahawa dau-dua isterinya iaitu Datin Red dan juga penyanyi Adira Suhaimi telah menfailkan permohonan untuk berpisah dengannya. 

Melalui laporan portal Mstar, beliau yang lebih dikenali dengan nama Datuk Red berkata, dirinya memang tak sangka dua-dua isteri memohon penceraian. 

Namun jelasnya, kedua isterinya itu tak berpakat namun berlaku secara kebetulan.  

Datuk red menambah dia sendiri tak sangka Adnan atau lebih mesra dengan sapaan Datuk Red berkata, sebagai suami dia sendiri tidak menyangka dua isterinya iaitu mengambil tindakan tersebut. 

“Kedua dua mereka tak berpakat, cumanya secara kebetulan masing-masing menfailkan penceraian.”  

“Mereka ada hak untuk berbuat sedemikian.” 

Datuk Red berkata lagi, kini, dirinya sedaya upaya untuk memujuk dan mahu pertahankan rumah tangganya. 

“Namun saya tetap nak pertahankan rumahtangga kami.” 

“Bayangkanlah secara tiba-tiba ada dua isteri tapi ianya hilang sekelip mata.”  

“Kalau dikenang mungkin boleh cari wanita lain tetapi sekarang tidak lah, anak-anak pun saya dah ramai.” 

Datuk Red akui dirinya seorang yang lemah sebagai manusia. 

“Saya ni manusia biasa, lalai dan asyik mohon maaf banyak kali namun benda tetap berulang.”  

“Biasalah dalam berumahtangga ni memang banyak berlaku salah faham.” 

“Apa yang berlaku ni mungkin kerana saya sendiri, balasan terhadap salah saya masa lalu.” 

“Saya kini mahu fokus kepada keluarga dan juga anak-anak saya, saya buat semua untuk mereka.” 

Datuk Red kini dalam proses memujuk dua-dua isterinya. 

Beliau dan Adira hari ini telah hadir ke mahkamah untuk proses pendamaian JKP. 

Datuk Red dan isteri pertama iaitu Datin Red atau nama penuhnya Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim mempunyai lima orang cahaya mata. 

Dengan Adira, Datuk Red mempunyai empat orang anak.