Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz kini berada di rumah keluarganya di Singapura dan akui sedang muhasabah diri dengan segala yang berlaku.
Setelah lama berdiam diri, Aliff Aziz akhirnya telah pun jalani satu temubual khas di satu podcast di Singapura.
Ianya kali pertama dilakukan oleh Aliff Aziz setelah kesnya melibatkan Ruhainies, Sarah Yasmine dan juga isterinya Bella Astillah.
KISAH RUHAINIES
Bercerita tentang Ruhainies, Aliff Aziz akui kekhilafan dirinya untuk membuka cerita tentang rumah tangga kepada pelakon berkenaan ketika jalani penggambaran bersama.
Pendek kata, Aliff akui amat menyesal berbuat sedemikian.
“Masa jalani penggambaran, aku tak dapat communicate dengan Bella. Masa jalani penggambaran.
“Sememangnya saya amat menyesal, regret to open up cerita tentang masalah saya (tentang rumah tangga).”
“Pada awalnya memang aku tak ada pun nak bercerita, Ruhainies pun tak ada bertanya tentang diri saya.”
“Kemudian, mungkin semua di set nampak yang performance saya akan menurun, kerana mungkin keadaan emosi saya (ekoran masalah dengan Bella).”
“Lpeas tu Ruhainies pun ada bertanya apa yang terjadi. Menang masa mulanya saya tak ada pun cerita.”
“Tetapi makin lama, as we get closer, kami makin rapat, I started to open up a bit.”
“Ini satu decision yang aku regret. Aku menyesal mengapa aku perlu nak opened up. Tapi mungkin masa tu my marriage on the rock, dengan semua mix feelings, akhirnya aku lalui perkara yang sama macam sebelum ini.”
“Intention aku bukan nak dapat simpati tetapi hanya nak luahkan apa yang terbuku di dada.”
“Ini tak sepatutnya berlaku. Mula hanya opened up, mula jadi semakin rapat, lepas tu jadi semakin personal, dan feeling mula involve.”
UCAPAN KEPADA RUHAINIES
Aliff kemudian diberi ruang untuk memberi ucapan kepada Ruhainies, dan ini katanya.
“Untuk Ruhainies dan keluarganya, saya minta maaf sebab memulakannya.”
“Kita mula sebagai a good working colleague, a friend sampailah saya mula opened up. Terima kasih di atas semua nasihat dan semua yang dia berikan.”
“Saya minta maaf sangat dengan semua kecelaruan yang saya buat ini. Bring you into this mess yang patut saya sendiri clear kan. Ianya memang banyak menimbulkan isu.”
Ditanya sama ada masih lagi berhubung dengan Ruhainies, Sarah Yasmine, A, ini jawapan Aliff Aziz.
“Sekarang ni saya tak ada contact dengan sesiapa, saya lock diri dengan semua orang. Saya hanya di rumah dengan keluarga, fikirkan apa yang perlu saya buat sekarang ni.”
Itulah kata-kata terakhir dari Aliff Aziz tentang Ruhainies.