Kenyataan TMJ ekoran insiden melibatkan Akhyar Rashid dan Faisal Halim

1,922 views

Dalam dua hari ini, Malaysia dikejutkan dengan berita dua insiden berlaku ke atas dua pemain bola sepak tanah air iaitu Akhyar Rashid dan juga Faisal Halim. 

Pada malam Khamis pemain sayap Akhyar Rashid yang kini bermain untuk pasukan Terengganu, telah dirompak dan dipukul sehingga mendatangkan kecederaan di badan dan juga kepalanya. 

Dalam kejadian berasingan, pemain sayap Selangor iaitu Faisal Halim, telah disimbah cecari asid ketika baru sampai di sebuah shopping mall, pada hari Ahad petang. 

Kejadian yang menimpa dua pemain berprofil tinggi yang bermain untuk Harimau Malaya ini memang mengejutkan ramai pihak. 

Susulan dua kejadian ini, pemilik pasukan bola sepak Johor Darul Takzim atau JDT iaitu Tunku Ismail Idris atau TMJ, telah tampil membuat kenyataan. 

Menerusi satu kenyataan, baginda mengecam insiden yang terjadi kepada kedua pemain bola berkenaan dan berharap pihak polis akan mengambil tindakan. 

“Saya mengecam insiden baru-baru ini yang berlaku ke atas pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid dan juga Faisal Halim.” 

“Keselamatan mereka telah diancam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.” 

“Sayar berharap pihak polis akan menyiasat secara terperinci dan mengambil tindakan yang sewajarnya.” 

Selain itu, TMJ yang kini merupakan Pemangku Sultan Johor, dilihat telah bertemu dengan Timbalan Ketua Polis Negara iaitu Datuk Seri Ayob Khan. 

Pertemuan ini adalah untuk berbincang tentang aspek keselamatan serta isu-isu terkini yang berkaitan. 

Itulah kenyataan dari TMJ tentang insiden terbaru ini. 

Buat masa sekarang, kedua pemain bola sepak berkenaan sedang menerima rawatan untuk kecederaan yang dialami. 

Dari laporan terkini, walaun tercedera, Akhyar Rashid dan juga Faisal Halim masih berada dalam keadaan yang stabil, sama-sama kita doakan agar mereka berdua akan kembali sihat.