Ramai ingatkan Rahman Chea dan Kana Fly hanya rakan baik, ini hubungan sebenar mereka

295 views

Ketika ini, ada duo content creator yang semakin dikenali ramai di Malaysia. 

Mereka ialah Rahman Chea dan juga Kana Fly. 

Isi kandungan video mereka berdua ini banyak mengangkat isu-isu semasa dan juga lawak jenaka. 

Akan tetapi, sebenarnya, yang paling menarik perhatian ialah skrip mereka dan cara mereka berjenaka, serta iringan ketawa yang sentiasa mengiringi ketika membuat lucu. 

Lawak mereka tidak terlalu try hard, dan secara santai saja. 

Kini mereka berdua sudahpun mempunyai peminat tersendiri. 

Namun Rahmah Chea dan Kana Fly jarang bercerita tentang kisah peribadi mereka. 

Tetapi baru-baru ini, secara eksklusif, ketika sesi temubual bersama siaran radio Hot FM, Rahman Chea mendedahkan bahawa sebenarnya dia dan Kana Fly adalah adik beradik. 

Ternyata pendedahan berkenaan mengejutkan ramai pihak, kerana ramai yang ingatkan mereka berdua ini rakan baik saja. 

“Kitorang ni sebenarnya memang adik beradik. Ini secara eksklusif saya bagitau.” 

“First time ni kita reveal, dan bagitahu benda ni.” 

Rahman Chea berkata dia merupakan abang kepada Kana Fly. 

“Saya abang, dia adik saya. Tapi kalau tengok muka dah patut jadi ayah dia.” kata Rahman secara berseloroh. 

Ini videonya. 

Melihat ruangan komen, rata-rata baru tahu hubungan sebenar di antara mereka, ramai beranggapan mereka hanya rakan baik saja. 

Sementara itu, kedua mereka pun sudah berkeluarga. Kedua dua mereka telah berkahwin. 

Ini foto isteri Rahman Chea, iaitu Yuehaa. Isteri Rahman Chea juga dah mula bersama sama membuat content. 

Gambar ini pula isteri kepada Kana Fly, yang dikenali sebagai Jamilah. Kana ada muatnaik gambar isterinya ketika hari raya baru-baru ini. 

Apapun, content yang ditampilkan oleh Rahman Chea dan Kana Fly ini patut dijadikan contoh kepada content creator lain, kerena mereka tidak pernah berlebihan, malah sentiasa menjaga adab, terutama dari segi isi kandungan, dialog, watak dan juga pemakaian, tahniah diucapkan.