Hebat depan kamera, Aaisyah Dhia Rana jadi pengacara jemputan Nona

549 views

Anak bongsu kepada pasangan pelakon Zain Saidin dan Rozita Che Wan, iaitu Aaisyah Dhia Rana, memang antara anak selebriti paling terkenal di Malaysia. 

Mempunyai jutaan pengikut, Aaisyah dijangka akan ikuti jejak langkah kedua ibu bapanya untuk ceburi bidang seni. 

Nampaknya, hal ini sudah pun menjadi realiti lebih awal apabila Aaisyah telah muncul sebagai pengacara jemputan rancangan Nona TV3. 

Anak kecil berumur 10 tahun ini telah dipilih sebagai pengacara jemputan bersama Amyra Rosli di Nona. 

Rozita yang lebih dikenali sebagai Che Ta berkata, Aaisyah memang amat teruja dan beriya iya untuk menjadi pengacara apabila menerima tawaran dari produksi Nona. 

Aaisyah ternyata sudah bersedia untuk menggalas tugas sebagai pengacara dan berjaya melakukannya dengan baik. 

“Semasa mula terima tawaran dari Nona, kami cakap kena tanya kat Aaisyah dulu, sebab nanti kalau dia tidak minat susah pula, dia merentan nanti di set.” 

“Mummy ni bukannya rajin sangat duduk kat set. Daddy dia pula tak bagi kalau kacau di hari sekolah.”

“Tetapi memang Aaisyah sendiri yang tergedik-gedik mahu. Oleh itu mummy setuju saja.” 

Che Ta sendiri terkejut melihat anaknya yang penuh keyakinan serta amat matang ketika berada di set. 

“Mummy ni punya nervous tapi Aaisyah pula memang excited betul.” 

“Cara Aaisyah duduk pun dah macam tiga musim jadi pengacara. Sakan yang ini pun.” 

“Memang tak sangka betul, kelakuan dia amat baik masa kat set.” 

Dalam pada itu, Che Ta ada kata anaknya sebelum ini pernah bercita cita untuk jadi pilot. 

Namun semasa di Nona, Aaisyah ada berkata dia juga ada bercita cita mahu jadi pengacara. 

“Aaisyah besar cita-cita nak jadi apa.” Tanya Amyra Rosli. 

“Nanti dah besar nak jadi pengacara, maca tahu boleh ganti aunty Myra.” Jawab Aaisyah selamba. 

Ini beberapa foto di belakang tabir ketika penggambaran.

Aaisyah memang sudah terbiasa dan dah lama terdedah dengan dunia seni dan juga hiburan. 

Memang jelas Aaisyah Dhia Rana amat selesa dan begitu selesa di depan kamera.