Semalam Aliff Aziz telah pun menceraikan Bella Astillah dengan talak satu.
Ini merupakan penceraian kali kedua buat pasangan ini.
Mereka berdua akan membawa haluan masing-masing.
Setelah Aliff Aziz sah berpisah dengan penyanyi dan pelakon dari Sabah itu, akhirnya ibu kepada Aliff, iaitu Siti Hafizah, telah tampil muncul semula di laman media sosial.
Ibu Aliff Aziz yang dikenali dengan nama Fiza ini, telah meluahkan rasa syukurnya setelah semuanya selesai.
Jelasnya, keluarganya kini dalam ketenangan dan ianya sesuatu yang amat berharga.
“Syukur alhamdulillah pada hari Khamis yang penuh baraqah ini kami mengucap syukur.”
“Tuhan telah mempermudahkan segala urusan dan memberi ketenangan pada kami sekeluarga.”
“Yang baik itu semua daripada Allah dan sebaliknya merupakan khilaf daripada diri kami sendiri yang daif dan tak sempurna.”
“Kepada anda yang sentiasa mendoakan kami, hanya Tuhan saja yang dapat balas jasa baik anda kalian.”
“Hati yang tenang itu amat mahal harganya dan hanya Allah saja yang dapat memberi kita ketenangan.”
Dalam pada itu, Siti Hafizah juga berkata, apa yang terjadi ini wajar dijadikan ikhtibar dan panduan agar seseorang manusia itu dapat menjadi orang yang lebih baik selepas ini.
Tambahnya, soal ajal dan juga rezeki, semuanya dari Tuhan dan seseorang itu harus kerja keras dan serahkan semuanya kepada Illahi.
“Sebagai seorang insan, wajiblah belajar dari segala kehilafan dan mohon agar terus istiqomah untuk menjadi insan lebih baik.”
“Tentang ajal, rezeki, kebahagian, itu semua Allah yang menentukannya. Kita kena terus berusaha dan kemudian bertawakkal.”
Ibu Aliff Aziz, Siti Hafiza sebelum ini telah menutup akaun di laman media sosial setelah beberapa siri pendedahan yang dibuat melibatkan anaknya.