UPDATE: Ibu bapa Zayn Rayyan didakwa di mahkamah

131 views

Kisah Zayn Rayyan kini mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia. 

Sejak awal pagi, pihak media telah pun berkampung di perkarangan mahkamah Petaling Jaya untuk membuat liputan kes ini. 

Semalam, Rabu, satu prosiding telah dibuat hanya melibatkan ibu kepada Zayn Rayyan saja. 

Ibu Zayn selesai memberi kenyataan di mahkamah sekitar tengah hari semalam. 

PENDAKWAAN MAHKAMAH 

Hari ini, akhirnya pihak mahkamah telah memutuskan untuk mendakwa kedua ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim dan juga Ismanira. 

Hal ini disahkan sendiri oleh peguam yang mewakili suspek. 

“Ya ada tuduhan untuk kedua-dua anak guam, namun saya tidak dapat kongsikan mereka didakwa atas pertuduhan apa, kerana tidak mahu mendahului pendakwa raya.” 

PENDAKWAAN ABAIKAN ANAK 

Kedua dua ibu bapa iaitu Zaim dan Ismanira telah dituduh atas mengabaikan anaknya itu pada Disember lalu. 

Jika disabitkan kesalahan, Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50ribu atau penjara tak lebih 20 tahun ataupun kedua-duanya sekali. 

Kedua dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan. 

DATUK DAN NENEK ZAYN RAYYAN 

Dalam pada itu, peguam juga mengatakan ibu bapa kepada bapa Zayn Rayyan, yang ditahan akan dibebaskan pada hari ini. 

Mereka akan dibawa kemahkamah dan akan dibebaskan dengan jaminan pihak polis. 

IMBAS KES 

Sebelum ini ibu bapa kepada Zayn Rayyan, Ismanira, telah pun ditahan dan direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autistik itu. 

Kedua-dua mereka yang berumur 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, sebagai orang yang disyaki. 

Beberapa haru yang lalu, ibu kepada Zayn juga dibawa ke lokasi kejadian dikatakan untuk melakonkan semula apa yang terjadi. 

Ibu bapa kepada bapa Zayn juga telah ditahan semalam, dan dikatakan untuk memberi kenyataan dan membantu siasatan.  

Diimbas kembali, Zayn Rayyan dilaporkan hilang pada bulan Disember yang lalu sebelum ditemui sudah pun meninggal dunia berdekatan dewan kawasan rumahnya.