“Muka mengantuk ke tu” Keith Foo hantar Riena Diana ke masjid

600 views

Riena Diana, 27 tahun, dan Keith Foo, 41 tahun, telah mengumumkan sedang kenali hati budi ketika ini. 

Pasangan pelakon ini secara terbuka mendedahkan hubungan mereka baru-baru ini apabila tampil bersama dalam satu event. 

Kedua dua mereka juga selalu muatnaik foto bersama di laman media sosial, malah Riena juga pernah bertemu anak perempuan Keith iaitu Skylar. 

Yang paling latest, sempena hari raya Aidil Adha tahun ini, Keith Foo dilihat telah menghantar Riena Diana ke masjid. 

Riena yang berpakaian lengkap bertelekung, telah muatnaik foto bersama Keith dan berterima kasih kepada pelakon berkenaan yang sanggup menghantar dan menjemputnya dari masjid untuk tunaikan solat hari raya. 

“Muka mengantuk ke tu, bang Keith.” 

“Thank you sebab ambil dan juga hantar saya ke masjid untuk pagi ni.”  

Sebelum ini, Riena mengatakan bahawa Keith memang tepati ciri jejaka idamannya. 

Antaranya ialah Keith sebenarnya seorang yang suka berjenaka orangnya. 

“Keith ni sebenarnya kelakarlah, kalau korang yang kenal dia lebih rapat, dia memang seorang yang lawak dan kelakar, sama lebih kurang macam Riena tapi versi lelaki.”  

“Nak tawan hati ni, bukan semestinya kena kelakar saja.”  

“Cumanya, chemistry dan keserasian kami lama-lama, rasa macam eh awak kelakarlah. Kita macam banyak persamaan.” 

Riena menambah buat masa sekarang ni dia tak mahu berbicara lebih apatah lagi hal ini melibatkan dua buah keluarga. 

“Saya tak mahu cerita lebih kerana kita pun nak hormat kedua-dua belah keluarga dan ini termasuklah keluarga saya juga.” 

Itulah sedikit komen dari Riena Diana. 

Keith Foo sebleum ini naik namanya dalam bidang seni apabila berlakon dalam drama Ariana Rose bersama Fathia Latiff. 

Riena Diana pula menjadi terkenal melalui watak Lailer dalam drama Kampung People.