“Jangan percayakan sesiapa, hidup ni penuh plot twist” Ruhainies

166 views

Ruhainies, nama yang telah menjadi sebutan ramai pada tahun ini. 

Semuanya ekoran penglibatannya dengan kisah melibatkan rumah tangga Aliff Aziz dan juga Bella Astillah. 

Tidak seperti kebanyakkan artis yang selalunya senyap dan berdiam diri, Ruhainies ada beberapa kali mengeluarkan kenyataan. 

Malah Ruhainies juga dilihat begitu aktif di laman media sosial miliknya. 

Pelakon berumur 31 tahun ini juga aktif dalam kerjayanya. 

Yang terbaru, Ruhainies dilihat telah membuat posting sempena drama terbarunya berjudul Terjerat. 

Jelas Ruhainies, untuk drama Terjerat ini, ianya bagaikan perkara benar yang terjadi kepada dirinya baru-baru ini. 

Apa yang menariknya, Ruhainies telah menulis di caption bahawa jangan begitu mudah untuk percayakan seseorang. 

Ruhainies juga memberi kesimpulan bahawa jangan mudah untuk menilai kerana begitu banyak cabang cerita atau plot twist yang tidak diketahui orang. 

Ini caption dari Ruhainies. 

“Drama terjerat, satu naskhah berat dan penuh emosi yang bakal ditayangkan tak lama lagi.”  

“Satu penceritaan yang pada saya mempunyai makna amat mendalam dan tak pasti suratan atau kebetulan, jalan cerita drama ini seakan menggambarkan apa yang berlaku baru baru ini.”  

“Kesimpulannya, janganlah terlalu mudah untuk mempercayai sesiapa. Dan jangan terlalu cepat untuk menilai.”  

“Hidup ni penuh dengan pelbagai plot twist. Bukan semua yang dipaparkan adalah benda yang benar. Hanya Allah yang mengetahui semuanya.”  

“Semua perkara yang kita dengar ialah satu pendapat, bukannya satu fakta.” 

“Segala benda yang kita lihat merupakan satu perspective, ianya bukan hal yang benar, not the truth.” 

Ini paparan penuh caption dari Ruhainies. 

Drama Terjerat akan ditayangkan pada 21 Jun depan, dan merupakan naskah lakonan Ruhainies bersama pelakon seperti Aliff Aziz, Fendy Bakry dan juga Jaja Eliyes.