Angah Raja Lawak
Angah berhenti sinar fm

Angah umum undur diri dari Sinar FM, dedah puncanya

19,012 views

Penyampai radio Sinar FM, Angah Raja Lawak telah membuat satu pengumuman hari ini. 

Angah, atau nama penuhnya, Iskandar Shah, mengumumkan bahawa dia kini telah berhenti dari Sinar FM, bermula hari ini. 

Bukan keputusan yang mudah, Angah akui dirinya terpaksa mengambil keputusan berkenaan setelah memikirkan pelbagai faktor. 

Namun begitu, Angah akhirnya mendedahkan punca utama beliau mengambil keputusan untuk berhenti. 

Jelas Angah, dia membuat keputusan berat berkenaan kerana mengalami masalah kesihatan. 

Katanya, tahap kesihatannya semakin merosot malahan baru-baru ini terpaksa masuk ke hospital. 

“Setelah fikir banyak kali, saya ambil keputusan untuk berhenti dari Sinar FM.” 

“Ini kerana tahap kesihatan saya yang tak berapa baik.” 

“Baru-baru ini pun saya ambil cuti, bukan saja-saja tetapi sebab kesihatan saya.” 

“Saya kena admit di hospital.” 

Ketika kejadian berkenaan, Jep juga turut menyaksikan symptom yang dialami dan meminta Angah untuk terus pergi mendapatkan pemeriksaan kesihatan. 

“Masa itu saya pun ada, saya nampak dan khuatir dia ada masalah jantung.” kata Jep. 

Dalam pada itu, Angah menambah, dia buat keputusan ini juga demi tak mahu orang terus berkata bahawa dia bagaikan main-main saja menjadi penyampai radio. 

Sudah 7 tahun menjadi sebagai penyampai radio Sinar FM, sudah tentu rasa sayang sudah ada.

Namun Angah tak mahu menyusahkan orang lain di tempat kerjanya.

“Saya tak mahu orang kata saya ni macam main-main kat sini. Saya memang nak kerja.” 

“Tapi saya nak fokus kepada tahap kesihatan saya. Saya juga tak mahu menyusahkan rakan-rakan penyampai saya yang lain.” 

Tentang kesihatannya, Angah memberitahu kini dia sedang dalam rawatan dan sedang mengambil ubat. 

“Saya tengah makan ubat, ada 5, 6 biji. Saya kena mula makan ubat dari awal, jam 4 pagi.” 

Tentang aktiviti selepas berhenti sebagai penyampai radio, Angah berkata dia akan cuba meneruskan perniagaannya. 

“Saya akan teruskanlah, saya ada berniaga cili, dan juga saya akan cuba buat live, macam jadi youtuber ke, tapi ini kat rumah saja.” 

“Try buat live pagi, berniaga kat rumah, Jadi kalau saya sakit ke, saya ada kat rumah.” 

Itulah kenyataan dari Angah Raja Lawak yang akhirnya telah pun berhenti atau berundur dari Sinar FM. 

Angah merupakan antara sahabat baik Jep sejak zaman bujang dan ketika bermula dalam dunia seni.