“Dah melebih-lebih, tutup mulut” Ameera Khan naik angin

656 views

Adik perempuan kepada selebrit Neelofa iaitu Ameera Khan kini dilihat sedang bercuti kota pelancongan terkenal, Bali, Indonesia. 

Ameera yang lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan memuatnaik beberapa foto sepanjang beberapa di sana. 

Gadis berumur 23 tahun ini tampil bergaya sakan di sana. 

Namun begitu, gambar percutiannya di Bali itu mendapat komen yang mengatakan bahawa Ameera bercuti di sana bersama pelakon tampan Meerqeen. 

Melihat begitu banyak komen tentang Meerqeen, akhirnya Ameera membalas komen berkenaan. 

Ameera menjelaskan di ke Bali bersama seorang sepupunya iaitu Aisha. 

Dalam pada itu, Ameera juga mengatakan sebenarnya dia kini sudah mempunyai kekasih hati. 

“Saya berada di Bali bersama sepupu saya iaitu Aisha. Selain itu ada pengawal peribadi dan pemandu. Hanya kami berempat saja.”  

“Sebenarnya saya sudah mempunyai teman lelaki dan dia kini berada di London.” 

Dalam pada itu, Ameera Khan ternyata kurang senang apabila ramai yang terus bertanya dan mengaitkan percutiannya itu dengan Meerqeen.   

“Saya tak perlu nak menjelaskan tetapi sesetengah daripada anda ni nampaknya dah melebih-lebih.” 

“Tutup mulut anda dan berambus.” 

Mana tak naik angin orang tu, tengah seronok bercuti, tetapi timbul pula komen yang asyik bertanya tentang Meerqeen, mestilah panas hati. 

Sebenarnya kisah ini mula jadi tanda tanya apabila dikatakan Meerqeen turut ada muatnaik foto berada di Bali. 

Sebab itulah ramai yang tanya adakah di ke sana bersama pelakon berkenaan. 

Sebelum ini, ada ura-ura mengatakan mereka berdua sedang menjalinkan hubungan. 

Namun begitu, kedua dua mereka telah menafikan dakwaan berkenaan. 

Sampai ke hari ini, Ameera Khan dilihat masih lagi berada di Bali dan sedang meneruskan percutiannya, namun hantaran terbaru Meerqeen dilihat sudah berada di Malaysia. 

Apapun selamat bercuti buat Ameera Khan