Kisah Shuib sampai nak bertumbuk dengan Jep di kedai mamak, mamat jadi orang tengah

2,415 views

Shuib Sepahtu, Shuk Raja Lawak dan juga Fizie Hot FM kini telah mengendalikan podcast yang diberi nama Dol Podcast. 

Untuk minggu ini, jemputan yang ditemubual ialah salah seorang anggota Sepah iaitu Mamat Sepah. 

Sudah tentu kehadiran Mamat telah mengimbau kembali kenangan dan juga moment kumpulan Sepah menggegarkan industri seni tanah air. 

Dalam podcast ini, mamat banyak membuka cerita tentang kisah kumpulan Sepah. 

CERITA MAMAT, JEP DAN SHUIB BERKENALAN 

Mamat dan Jep merupakan kawan sejak dari bangku sekolah lagi. 

Mereka sudah berkenalan lama dan amat rapat. 

Sejak zaman sekolah, Mamat dipanggil dengan gelaran Ngok oleh Jep, manakala Jep dipanggil Ngai oleh Mamat. 

Jep dan Shuib pula kenal antara satu sama lain ketika sesi uji bakat untuk rancangan Akademi Fantasia. 

Ketika itu, Jep dan Shuib juga bekerja dengan syarikat penerbangan. 

Mamat dan Shuib pula berkenalan dari Jep. 

Jep mula perkenalkan Shuib kepada Mamat untuk bersama sama menyertai rancangan Sinaran Passport Kegemilangan, sebelum mereka bersama sama sertai rancangan Raja Lawak musim ketiga. 

KISAH SHUIB DAN JEP GADUH SEBELUM KE RAJA LAWAK 

Sebelum pergi ke ujibakat Raja Lawak musim ke 3, Shuib mengakui bahawa dia dan Jep telah gaduh besar. 

Pergaduhan ini menyebabkan Shuib tak sertai Sepah untuk Raja Lawak musim ke 2. 

Hanya Mamat dan Jep bersama seorang rakan lain iaitu Jamal, yang pergi ke Raja Lawak musim ke 2. 

Mamat dan Jep berjaya lepas untuk audition Raja Lawak musim ke 2 namun atas sebab rakannya tidak dapat commit, mereka telah disqualified. 

Mereka kemudian mencuba untuk Raja Lawak musim ke 3. 

Kali ini, mereka mahu bersama dengan Shuib. 

Kata Mamat, pergaduhan ini memang amat besar sehingga keadaan menjadi tegang. 

Mereka sehingga tidak bertemu selama setahun, kerana Shuib bawa diri. 

Mamat mahu menjernihkan keadaan, dan mereka bertiga bertemu di sebuah kedai makan. 

“Masa Raja Lawak yang musim kedua, yang Nabil menang, Mamat dan Jep ni sebenarnya pergi. Masa tu aku tak pergi sebab aku tengah gaduh besar dengan Jep. Aku cakap dengan dia, kau nak jadi artis, pergi mampus, pergi kau sendiri.” 

“Setahun tak jumpa, saya bawa diri.” 

“Di kedai mamak, diam seribu bahasa.” 

“Masa tu kalau Mamat bagi lampu hijau, aku terus lompat, kat Jep.” 

Ini pula komen dari Mamat yang jadi orang tengah.

“Aku pujuk, kemudian jumpa di kedai mamak. Masa tu Shuib dah bisik kat saya dia kata nak pump muka Jep sekali dulu.” 

“Masa tu aku tak back up sesiapa, Jep kawan lama, Shuib pula dah banyak belanja aku.” 

“Aku jadi orang tengah.” 

Namun begitu, ketika perjumpaan di kedai mamak itu, akhirnya mereka berbaik setelah ada kisah motor adik Mamat dicuri. 

Mereka bertiga menangkap pencuri berkenaan bersama sama. 

VIDEO PENUH KISAH SHUIB DAN JEP 

Ini kisah penuh tentang pergaduhan besar antara Shuib dan juga Jep. 

Tidak putus asa, kumpulan ini mahu cuba nasib untuk Raja Lawak 3. Tetapi, ketika itu Jep dan Shuib masih bergaduh besar. 

Kisah mereka bermula di minit ke 19. 

Sememangnya, kumpulan Sepah yang dianggotai Jep, Mamat dan Shuib merupakan satu kumpulan yang amat hebat dan mencetuskan fenomena tersendiri.