Baby bump Syasya jelas kelihatan

Baby bump Syasya jelas kelihatan, terima ucapan tahniah

225 views

Bekas ahli kumpulan Dolla, iaitu Syasya telah menjadi topik dikalangan para peminatnya. 

Ini ekoran telah tular satu video menujukkan keadaan terkini dirinya. 

Video berkenaan merupakan kenangan ketika Syasya dan suaminya Nasrullah, pergi bercuti baru-baru ini. 

Dalam video berkenaan, jelas kelihatan keadaan Syasya yang menampakkan baby bump, yang semakin ketara. 

Video berkenan dimuatnaik di laman Ig milik Syasya sendiri, semasa bercuti di pantai.  

Ini video berkenaan. 

Dengan baby bump Syasya itu sudah jelas kelihatan, ramai peminatnya yang teruja dan memberi komen ucapan tahniah kepada penyanyi berkenaan. 

Ini merupakan antara komen yang diberikan kepada Syasya.  

“Dah nampak jelas semakin membesar perut Syasya, tak boleh sorok lagi dah. Harap kongsi berita gembira dengan peminat. 

“Wah, baby bump Syasya semakin jelas. Tahniah Syasya dan suami.” 

“Bunting pelamin ni, dah nampak baby bump.” 

“Apa nak hairan, dia kan dah ada suami, tahniah Syasya.” 

“Tahniah pengantin baru, semoga dipermudahkan urusan, amin.” 

Sehingga kini, Syasya dan juga suaminya masih lagi tidak membuat sebarang kenyataan tentang keadaan dirinya itu. 

Kisah perkhabaran Syasya sudah hamil ini bermula sejak di majlis persandingan lagi, apabila ramai terlihat seakan sudah ada baby bump Syasya ketika itu. 

Lihat gambarnya di sini (Baby Bump di majlis sanding Syasya). 

Namun begitu, ketika itu, Syasya mengatakan dia dalam fasa bahagia, dan banyak makan di luar menyebabkan kelihatan perutnya yang sedikit besar.  

Di imbas kembali, Syasya telah menjadi tumpuan sejak April yang lalu apabila mengumumkan mengunduran dirinya dari kumpulan Dolla yang namanya sedang berada di kemuncak. 

Tak lama kemudian, Syasya mengesahkan perkahwinannya dengan Nasrullah. 

Nasrullah merupakan rakan kepada abangnya, mereka sudah berkenalan lama. 

Majlis pernikahan Syasya dan Nasrullah berlangsung pada 21 April secara tertutup. 

Apapun, tahniah diucapkan kepada Syasya dan juga suami sekiranya benar bakal menimang cahaya mata tak lama lagi.