“Nampak dah baby bump Syasya” Ini jawapan Syasya

1,125 views

Bekas ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya telah mengadakan majlis persandingan dengan suaminya Nasrullah baru-baru ini. 

Sudah dua bulan berumahtangga, ada yang terlihat sosok badan Syasya ketika di majlis persandingan itu, bagaikan sudah ada baby bump. 

Melalui satu temubual dengan pihak media, Syasya atau nama penuhnya Nor Syasya Afiqah Shahrizal, 23 tahun, tampil menjawab persoalan berkenaan. 

JAWAPAN SYASYA

Syasya berkata, sehingga kini dia belum lagi membuat sebarang pemeriksaan, dan merasakan dirinya belum lagi berbadan dua.  

“Saya tak ada buat sebarang pemeriksaan untuk check kehamilan, namun rasanya, buat masa sekarang ni saya belum hamil.”  

“Macam biasa saja, saya rasa normal, itu sebab saya tak check.” 

Tambah Syasya lagi, jika sudah berbadan dua, sudah tentu dia akan mengumumkannya kelak.  

“Kalau ada, saya akan beritahu kepada semua.” 

“Sekarang ni, saya tak boleh nak cakap lagi lah.” 

PUNCA NAMPAK BABY BUMP

Tentang badannya yang kelihatan seakan sudah ada baby bump, Syasya berkata, ianya terjadi mungkin kerana busana berkenaan yang agak ketat dengan badannya. 

Selain itu, Syasya juga akui dirinya kini semakin berisi setelah berkahwin, dan ianya kerana dia dalam fasa bahagia ketika ini. 

“Mungkin kerana baju pengantin ni agak ketat sikit, oleh itu nampaklah macam ada baby bump, tapi sebenarnya tak ada pun.” 

“Saya pun ada juga terbaca komen yang kata saya hamil tu. Saya cuma buncit sikit je.” 

“Kalau berisi, dan naik lepas kahwin tu, perkara biasalah, sebab bahagia, makan pun banyak.”  

“Sekarang ni, saya dengan suami memang selalu keluar cari makan, jadi dah tahulah kenapa badan berisi.” 

PLAN ZURIAT

Tentang soal zuriat, Syasya dan suami memilih untuk menyerahkan saja rezeki itu tanpa ada sebarang perancangan.  

“Kami tak ada buat sebarang perancangan tentang cahaya mata, kalau dikurniakan rezeki, kami terima, tak menolak.” 

“Anak ini kan rezeki, kalau diberi, syukur alhamdulillah. Tapi kalau belum diberi lagi tak mengapa.” 

“Kalau ditanya nak berapa orang anak tu, saya terima saja kalau berapa pun, itu rezeki.” 

Syasya sebelum ini mengumumkan telah keluar dari kumpulan Dolla dan kemudian telah bernikah dengan Nasrullah pada 20 April 2024.