Nora ulas video cerai

Datuk Nora ulas video cerai “Dia hanya ikut arahan”

465 views

Penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin, menjadi tumpuan sejak malam Isnin apabila telah muatnaik video diceraikan.

Video itu menunjukkan suaminya, Dr Rushdi Ramli mengungkapkan lafaz talak satu terhadapnya. 

Nora, 51 tahun, mengakui dirinya amat tergamam dengan video berkenaan namun melalui caption, dia hanya mampu mengucapkan rasa syukur segalanya segalanya sudah pun selesai. 

“Alhamdulillah semua dah selesai” Tulis Nora 

Ini video lafaz dari Dr Rushdi terhadap Nora. 

Sekitar jam 11 malam, Nora sekali lagi membuat satu kenyataan yang mana, Datuk Nora ulas video cerai berkenaan secara ringkas. 

Selain tergamam, Nora memberitahu, suaminya itu tidak bersalah. 

Tambah Nora, suaminya hanya mengikut arahan yang diberikan kepadanya. 

Katanya, suaminya itu menceraikannya tanpa sebarang sebab. 

Ini merupakan kenyataan Datuk Nora ulas video cerai tersebut. 

“Ustaz tak bersalah, dia hanya ikut arahan yang diberi kepadanya iaitu untuk lepaskan saya tanpa sebarang sebab dan juga untuk rakam bukti berbentuk video.” 

“Saya memang tergamam tidak boleh nak berkata kata.” 

Kenyataan terbaru Nora tentang video cerai

Melalui video lafaz cerai itu, Dr Rushdi yang merupakan seorang pensyarah di Jabatan Figh dan Usul Universiti Malaya, dilihat memakai jam tangan dan berbaju putih, dalam keadaan duduk sambil melafazkan talak satu terhadap Nor. 

“Saya Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah.” 

Susulan dari itu, ramai yang terkejut dengan video berkenaan. 

Diimbas kembali, Nora Ariffin dan Dr Rushdi Ramli bernikah pada tahun 2021. 

Rushdi merupakan kenalan dan juga kawan kepada Johan Nawawi, suami Nora yang telah pun pergi buat selamanya pada tahun 2017. 

Sehingga kini belum lagi ada kenyataan susulan yang lebih lanjut tentang apa sebenarnya yang berlaku di antaar Nora dan juga suaminya itu.