Shamsul Ghau Ghau nasihat Fattah Amin

1,077 views

Kisah konflik perkahwinan yang melanda pelakon Fattah Amin dan Fazura sudah diketahui umum, sehinggakan ramai turut memberi pandangannya dan ini termasuklah , pengacara veteran iaitu Shamsul Ghau Ghau. 

Bekas peserta rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1994 itu telah memberi kata semangat dan nasihat kepada Fattah Amin ekoran ujian yang sedang melanda dirinya. 

Shamsul 55 tahun menyatakan, setiap perkahwinan sudah tentu akan lalui dugaan. 

Fattah sebagai suami dan juga ketua keluarga, perlu bijak untuk perbaiki situasi berkenaan. 

“Hidup dalam berumah tangga ini ada ujiannya. Tak semuanya manis saja, dan dah tentu tak semua pahit.”  

“Bahtera rumah tangga kadangkala kena lalui taufan, ujian.” 

“Oleh itu nakhoda kenalah pandai adjust, pandai kawal angin dan juga taufan. Terus kuat Fattah Amin.” 

Shamsul Ghau Ghau muatnaik kata-kata berkenaan melalui satu hantaran di laman IG mliknya dituju kepada Fattah Amin.  

Jelasnya lagi, hidup di dunia ini merupakan tempat untuk menerima ujian, sebagai persedian ke dunia abadi kelak. 

“Sudah diberitahu, jangan nak kata kamu tu beriman sebelum kamu terima ujian. Hidup ini tempat ujian. Akhirat tempat untuk rehat buat selama-lamanya.” 

Ini hantaran yang dibuat oleh Shamsul Ghau Ghau. 

Sejak hari Jumaat, kisah rumah tangga Fattah Amin mula diketahui umum setelah isterinya iaitu Nur Fazura dikatakan menfailkan permohonan untuk bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor, baca sini

Sehingga kini Fazura tidak ada membuat sebarang kenyataan tentang permohonan berkenaan. 

Namun begitu, Fattah dalam satu kenyataan berkata, dia hanya tahu hal berkenaan melalui media saja. 

Fattah menegaskan dia masih menyayangi isteri, kerana baginya Fazura satu-satunya wanita buat dirinya, dan juga mahu pertahankan keluarganya itu.  

Fazura dan Fattah Amin sudah 7 tahun berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan.