Fazura failkan permohonan penceraian dari Fattah Amin hari ini

1,878 views

Ura-ura bahawa perkahwinan Fattah Amin dan Fazura dikatakan beretakkan dan bagaikan telur di hujung tanduk nampaknya sudah terjawb. 

Ini apabila pelakon fazura, 41 tahun telah menfailkan permohonan penceraian dari suaminya Fattah Amin, 33 tahun. 

Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin hadir ke Mahkamah Syariah Petaling, Selangor pada pagi hari ini, Jumaat bersamaan 13 September dan telah membuat permohonan itu. 

Ini laporan seperti yang dilaporkan portal Mstar. 

“Ya benar, Fazura dah failkan permohonan penceraian sebelum tengah hari tadi. Dia tak hadir ke mahkamah namun urusan berkenaan dibuat oleh wakilnya seorang peguam.” 

“Buat masa ini punca penceraian tak ada didedahkan.” 

Dari laporna berkenaan lagi, kedua dua pihak Fazura dan juga Fattah Amin belum ada membuat sebarang kenyataan tentang hal ini. 

Panggilan telefon kepada mereka juga tidak dijawb. 

Sebelum ini menjadi tanda tanya tentang status perkahwinan diantara kedua dua pelkoan ini yang dikatakan sedang bergolak.  

Ditambah lagi kedua dua mereka sudah tidak lagi kelihatan bersama termasuklah di laman media sosial.  

Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan sepanjang tempoh perkahwinan mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, yang kini berumur 3 tahun. 

Apapun kita tunggu kenyataan rasmi dari pihak Fazura dan juga Fattah Amin tentang isu ini.