Nikmat sekejap saja, maruah aib orang pandang selamanya – Jue Aziz diminta buka tudung

75 views

Pelakon Jue Aziz akui dia dah lama tak berlakon sejak beberapa tahun ini. Namun sebenarnya Jue Aziz berkata, dia pernah menerima tawaran untuk berlakon dalam satu filem tetapi terpaksa menolaknya kerana memerlukannya untuk membuka tudung. 

Jelasnya, bayaran yang ditawarkan memang tinggi, tetapi pelakon berumur 41 tahun ini tak bersetuju untuk membuka tudungnya, demi untuk berlakon. 

Buka tudung kalau nak berlakon

“Saya ada ditawarkan sebuah filem, ceritanya berkisarkan sejarah kisah epik. Namun ianya meminta untuk buka tudung.”  

“Yang ke uji bakat pun ramai pelakon hebat. Siap bagi bayaran tinggi, akan diberi kelas seni pertahanan diri. Memang saya suka sangat-sangat dengan projek itu.” 

“Saya ada cuba meminta watak bertutup. Saya pujuk juga cuba nak pakai turtle neck, anak tudung. Masa itu agak terdesak juga sebab tiada apa-apa tawaran. Dapat filem itu, cerita pasal sejarah pula, mestilah saya nak. Lagipun cerita lasak, saya pun suka buat filem aksi ni.” 

“Dia offer bayaran yang tinggi kerana memang mahu saya.”  

“Masa itu saya memang terdesak kerana tak ada tawaran berlakon tetapi akhirnya saya menolak sebab takkanlah semata-mata nak berlakon cerita ini saya kena tanggal tudung.” 

“Tetapi fikir balik, kalau dapat pun, nikmat kejap saja. Aib dan maruah saya ni orang akan pandang selama-lamanya, tak hormat tindakan berkenaan.” 

Ada kata boleh berlakon buka tudung

Lebih memeranjatkan lagi, Jue berkata, semasa menerima tawaran berkenaan, ada pihak yang juga ustaz, memberi izin untuk membuka tudung hanya kerana filem berkenaan mampu beri impak pengajaran kepada orang ramai.   

“Yang saya lebih terkejut, ada ustaz di situ yang kata boleh buka tudung kerana cerita itu mengetengahkan kisah sejarah. Katanya tidak apa untuk buat benda itu. Saya memang pelik sangat.” 

Tambah Jue lagi, dia melihat Malaysia ini tidak ketengahkan bakat buat pelakon yang memakai tudung.   

“Saya agak sedih sebab kita ini di negara Malaysia. Banyak orang beragama Islam. Market pelakon bertudung ini tak pula ditonjolkan, tidak boleh nak berlakon banyak karakter.” 

Itulah komen dari Jue Aziz yang baru saja mendirikan rumah tangga baru-baru ini, gambar kahwin LIHAT SINI