Zizie Izette gelak besar tengok keadaan terkini adiknya Shaheizy Sam, ini punca Sam jadi begitu

16,429 views

Baru-baru ini kakak kepada pelakon terkenal, Shaheizy Sam iaitu Datin Seri Zizie Izette muatnaik video menunjukkan keadaan terkini adiknya itu. 

Dari video berkenaan, ternyata nampak amat ketara perubahan Shaheizy Sam berbanding tahun lalu ketika tampil dengan pelbagai filem aksi. 

Kini, Shaheizy dilihat lebih berisi dan perbezaannya amat mendadak dan begitu berbeza. 

Zizie Izette ternyata terhibur dengan perubahan adiknya itu dan tak lepas untuk membahan adik kesayangannya itu. 

Di video itu, Zizie sempat menunjukkan keadaan Sam sebelum dan juga selepas. 

Ini videonya. 

KISAH PERUBAHAN SHAHEIZY SAM 

Sebenarnya ada kisah disebalik perubahan mendadak suami kepada Syatillah Melvin itu. 

Kata Zizie, adiknya itu kini telah menerima satu watak yang memerlukan perubahan fizikalnya. 

Shaheizy Sam kerana sanggup menaikkan badannya hanya semata-mata untuk penuhi tuntutan kerja. 

Aktor berkenaan kini sedang jalani penggambaran sebuah filem dengan keadaan fizikal sedemikian, sebab tu badannya kelihatan berbeza. 

Zizie ternyata begitu kagum dengan keazaman serta commitment yang ditampilkan adiknya itu.  

Tambahnya, dia yaakin adiknya itu akan kembali ke badan yang asal selepas ini.  

“Ramai nampak transformasi Sam kan. Ini untuk watak baru dalam filem lakonannya di mana dia kena tambah berat badan.” 

“Dia ni sangat komited dengan watak yang diberikan, jadi saya yakin dia akan kembali turunkan berat badan selepas tamat penggambaran filem itu.” 

“Dedikasi Sam ni memang sangat mengagumkan.” 

Ini tulisan dari Zizie Izette. 

Selain Zizie, isteri Sam iaitu Syatilla Melvin juga sering menyakat suaminya itu. 

Syatilla juga terhibur dengan keadaan terkini Shaheizy Sam dan selalu bergur dengannya. 

Maklumlah sebelum ini Shaheizy Sam kelihatan begitu sasa dengan badan six pack, sekarang hambik kau, terus satu pack saja. 

Shaheizy Sam pula selalu kelihatan selamba saja dan hanya tersenyum apabila menjadi bahan orang tersayang.