Pelawak Man Raja Lawak akhirnya bersuara tentang kisah penyertaannya dalam rancangan Sepahtu Reunion.
Nampaknya, Man benar-benar sudah tawar hati untuk sertai dalam Sepahtu Reunion Live selepas ini.
Man juga akui, sebelum ini dia pernah memohon untuk sertai program berkenaan secara tetap, namun tidak berjaya.
Pelawak berumur 47 tahun ini, memberi gamabran dirinya hanya digunakan saja.
Hanya apabila tiada pelakon lain, atau rating tidak bagus, barulah dirinya akan dipanggil, dan hanya sebagai pelakon undangan.
Oleh yang demikian, Man sudah tidak mahu menyertai program berkenaan lagi selepas ini.
“Buat apalah lagi nak masuk, jika orang kata saya ini macam minta sedekah? Betul pada permulaannya itu memang saya ni beria tapi pihak sana macam tak berminat, oleh itu tak boleh juga. Buat apa nak jadi kambing hitam.”
“Apabila tak ada pelakon lain boleh perform, tak ada yang boleh naikkan rating, barulah nak panggil saya. Baru nak mengharap dan terhegeh-hegeh.”
“Kalau betul betullah dia nak, awal lagi dah panggil dah.”
“Banyak lagi peluang lain yang boleh saya ceburi.”
HUBUNGAN DENGAN AHLI SEPAHTU REUNION
Tentang hubungan dengan anggota Sepahtu Reunion, kata Man, dia tak rapat dan hanya berhubung ketika berkerja saja.
“Kalau ikutkan, kita berhubung waktu kerja saja. Waktu program tu.”
“Lepas dari tu tak ada apa-apa dah. Tak ada pun nak borak, nak mesej. Tak ada pun nak komen di Instagram.”
“Memang macam tu lah lumrahnya. Sekadar tegur sapa di tempat kerja saja.”
“Bukan dengan dia saja, dengan Rahim pun begitu juga.”
“Tapi Shuib lain, dengan Mamat pun, kalau kita tegur dia reply, kalau mesej Whatsapp pun dia reply.”
AKUI MOHON SERTAI AHL TETAP SEPAHTU REUNION
Man akui pernah cuba nak sertai Sepahtu Reunion secara tetap namun nampaknya pihak Sepahtu Reunion tak berminat.
“Kena memohon dululah. Bila memohon tak berharap pun. Kalau ada rezeki, maka adalah.”
“Bila mereka kata ada peluang, kita rasa wah ni baik ni. Tapi dah hujung-hujung tak ada. Jadi akan ada orang tanya, jadi kita jawablah memang tak ada rezeki, nak buat macam mana.”
Tambah Man Raja Lawak lagi, jika ahli Sepahtu Reunion bertemu atau bekerja di bawah satu rancangan yang sama selepas ini, dirinya langsung tak ada masalah, kalau ajak borak dia pun akan borak, kata Man buat apa nak gaduh-gaduh.