Gambar Fattah Amin masa kecil, copy paste wajah Fatima

2,394 views

Comel Fattah Amin masa kecil, sebiji macam anaknya Fatima, itulah antara komen yang diberikan netizen tentang gambar pelakon berkenaan ketika masih kecil. 

Nama Fattah Amin dan juga Fazura ketika ini sedang meniti di bibir orang ramai ekoran kisah penceraian mereka berdua. 

Ramai yang memberi sokongan kepada mereka berdua ini dan tak kurang juga ada yang masih berharap mereka akan kembali bersatu. 

Kali ini bukan mahu bercerita tentang kes penceraian mereka berdua, namun mahu berkongsi sedikit foto lama Fattah. 

Melalui laporan Oh Media, ada family Fattah ada upload foto kenangan sewaktu pelakon itu masih kecil.  

Di foto berkenaan, wajah Fattah Amin memang saling tidak tumpah seperti anaknya Nur Fatima Aisya. 

Ini gambar Fattah Amin masa kecil.

Ini wajah Nur Fatima Aisya

Foto ini pula Fattah Amin ketika muda dan remaja.

Dari info, dikatakan buat masa sekarang ini, selepas berpisah, Fatima akan duduk dan dijaga oleh Fazura. 

Namun tiada info yang lebih detail tentang hak penjagaan anak mereka berdua itu. 

Sama-sama kita doakan agar hubungan antara anak dan kedua ibu bapa mereka akan terus saja baik walaupun Fattah Amin dan Fazura kini bukan lagi suami isteri. 

Ini penting agar anak berkenaan akan dapat merasai kasih sayang tak berbelah bagi dari kedua ibu bapa mereka. 

Sekadar imbasan, ini sedikit sebanyak biadata Fattah Amin. 

Fattah lahir pada tahun 1990 dan kini berumur 34 tahun, lahir di Kuala Lumpur. Dia merupakan abang sulung dari 5 adik beradik. 

Sebelum bergelar pelakon, Fattah melanjutkan pengajian di UITM dalam bidang Pengurusan Industri Kreatif. 

Pada tahun 2011, Fattah menyertai Hero Remaja dan berjaya mendapat tempat pertama, dari program ini, bermulalah kerjayanya dalam bidang seni sebagai pelakon. 

Fattah dan Fazura berkahwin pada tahun 2017 dan mempunyai seorang cahaya mata bernama Fatima.