Fattah Amin dan Fazura sah bercerai

20,585 views

Berakhir sudah hubungan Fattah Amin dan Fazura apabila pada hari ini, 7 Oktober, Fattah Amin dan Fazura sah bercerai. 

Mereka berdua disahkan bukan lagi pasangan suami isteri apabila Fattah melafazkan talak satu ke atas Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.  

Lafaz diucapkan di depan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh sekitar jam 9.45pagi. 

Fazura dilihat menangis setelah keluar dari prosiding yang berlangsung selama lebih kurang satu jam.

Bersama peguamnya, pihak Fazura ada mengeluarkan kenyataan, mengesahkan Fattah Amin telah pun melafazkan talak ke atasnya.

KOMEN PEGUAM FAZURA

Ini kenyataan peguam Fazura.

“Ingin dijelaskan isu yang berlaku di dalam mahkamah, pada sebutan lepas, kes ini ditangguhkan kerana pihak Fattah ada membuat permohonan dan tawaran penyelesaian.” 

“Setelah meneliti tawaran berkenaan, kedua dua pihak bersetuju. Kedua pihak bersetuju untuk berpisah dan ini tertakluk kepada terma dan juga syarat.” 

“Pada pagi ini pihak kami dah maklumkan kepada mahkamah, dan kemudian Fattah telah melafazkan talak ke atas Fazura.” 

“Terma persetujuan juga telah direkodkan dan ini termasuklah nafkah edah, nafkah anak dan apa yang berkaitan.” 

FAZURA DEDAH PUNCA CERAI

Ini pula luahan dari Fazura.

“Sejujurnya sebagai seorang isteri, tak kan lah saya akan gembira dengan penceraian saya. Sangat bersedih.” 

“Akan tetapi, keputusan ini diambil bukan dengan sekejap. Saya dah lama sengsara bertahun tahun.” 

“Saya juga dah berfikir panjang dan dah redha dengan ketentuan dari Illahi.” 

“Memang saya mahu menjaga aib saya dan juga aib Fattah.” 

“Dan ini juga untuk masa depan Fatima, anak saya.” 

“Tapi kerana ramai dah tanya, saya mahu maklumkan punca penceraian.” 

“Punca penceraian pertama ialah Fattah dah abaikan nafkah saya dan juga Fatima.” 

“Yang kedua ialah kami dah tak sefahaman lagi. Saya dah lama tak bahagia. Emosi saya terganggu dan mental saya tertekan.” 

“Sebelum ini saya tetap bertahan dan telan apa saja walaupun pelbagai tomahan.” 

“Saya harap suami akan kedepan untuk pertahankan saya, tapi langsung tak ada.” 

“Yang ketiganya, saya tak boleh terima lagi ialah Fattah berlaku curang.” 

Itulah perkembangan terkini, Fattah Amin dan Fazura sah bercerai dengan talak satu, sudah tentu berita yang membuatkan ramai sayu. 

Diimbas kembali, Fazura menfailkan permohonan untuk berpisah dengan Fattah pada 13 September lepas. 

Sebutan kes permohonan perceraian pertama yang berlangsung pada 25 September, dan perbincangan dibuat setelh Fattah membuat permohonan. Kes ini disebut semula pada hari ini, 7 Oktober. 

Fattah Amin dan Fazura berkahwin pada 27 November 2017 dan mempunyai seornag anak bernama Nur Fatima Aisya, kini berumur tiga tahun.