Walaupun sudah tidak lagi bergelar suami kepada Fazura, pelakon terkenal Fattah Amin masih lagi menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada Fatima Aisya, satu satunya anak mereka berdua.
Dalam satu temubual di rancangan Melodi, pelakon berumur 34 tahun ini, berkata dia kini fokus berkerja, dan juga fikus menjaga anaknya itu.
Tentang Fatima, Fattah berkata, dia masih lagi bertemu dengan anaknya itu, tetapi mengakui, keadaan sudah pun berbeza.
“Alhamdulillah, saya memang ada jumpa Fatima. Baru-baru ini saya ada jumpa Fatima, cuma keadaannya tak sama.”
“Tetapi yukur kami masih dapat berjumpa dan luangkan masa, spend time.”
Jelas Fattah, dia tak merasakan anaknya itu tahu apa yang sedang berlaku memandangkan umurnya yang masih kecil.
Tetapi, Fattah tekad untuk tetap ada selalu bersama anaknya yang baru berumur 4 tahun itu.
“Saya tak rasa dia tahu atau faham, sebab dia kan baru berusia empat tahun.”
“Fatima ni anak yang bijak dan pintar, namun dah tentu kefahamannya tidaklah sama seperti kita ni orang yang dah dewasa.”
“Mungkin benda itu akan mengambil masa.”
“Apa yang penting sekarang ni, saya sebagai ayah dia, saya akan luangkan masa sebanyak mungkin bersamanya.”
Dalam pada itu, Fattah agak terkejut juga dengan penerimaan orang ramai terhadapnya, dan berterima kasih kepada mereka yang masih lagi menyokong dirinya.
“Saya pun tak sangka, saya ni dah lama tak keluar, tiba-tiba saya dah ada ramai fans. Saya hanya mampu nak ucap terima kasih kerana beri sokongan.”
“Memang sekarang saya hanya fokus kepada kerja, fokus untuk keluargda dan juga Fatima. Saya mahju cari rezeki dan kongsi bersama keluarga saya.”
Fattah Amin turut muatnaik gambar bertemu dengan Fatima di laman media sosial miliknya baru-baru ini.
Di foto itu, Fattah dilihat membawa Fatima keluar bersama ibu bapanya serta adik beradiknya.