Umum dah tahu bahawa pasangan selebriti Hafreez Adam dan Zara Zya telahpun ikat tali pertunangan pada bulan Oktober yang lepas.
Kini pasangan ini telah mengesahkan bahawa mereka berdua telahpun berpisah dan terputus sudah ikatakan pertunangan itu. Mereka berpisah pada bulan November, hanya sebulan sahaja bertunang.
Kata Hafreez Adam, dirinya kecewa dan agak ralat sekaligus membuatkannya untuk bertekad buat keputusan putuskan pertunangan dengan Zara Zya.
Jelas Hafreez, memang dirinya dan Zara Zya ada cuba beberapa kali untuk selamatkan hubungan mereka, namun ternyata ianya tidak berjaya. Akhirnya Hafreez ambil keputusan untuk akhiri hubungan.
Ini kenyataan dari pihak Hafreez Adam: “Ya, memang benar kami telah pun putus tunang. Kami dah try utk selamatkan hubungan ni tetapi ianya mmg tidak boleh diselamatkan lagi. Kerana itu keputusan utk berpisah itu dibuat dan bagi saya ia dibuat dgn matang. Kami tak bergaduh pun dan saya akui keputusan untuk putus itu datang dari saya. Saya yang memilih untuk take time off”
Tambahnya lagi, Hafreez akui dia masih syg dengan Zara namun tetap dengan pendiriannya untuk berpisah
“Benda ini amat baru lagi. Sayang kpd Zara Zya masih ada cuma dalam masa sama kecewa, ralat itu semua ada. Perasaan bercampur-baur.
“Cuma sy tidak mahu fikir negatif jadi saya anggap mungkin Tuhan mahu bgtau sy yg ketika ini adalah waktu untuk saya bersama dengan keluarga saya.
“Memang Zara Zya ada cakap dengan saya kalau boleh dia tak nak putus tunang. Tapi untuk saya sangat susah. Buat masa ini lebih baik saya fokus kepada ahli keluarga dan kerjaya saja. Lagipun arwah ayah baru berapa bulan meninggal”
Dalam pada itu, Hafreez tak tolak jika dia ditakdirkan jodohnya kembali bersama Zara Zya di masa depan. Malah, dia juga tak kisah untuk berkawan dengan Zara Zya selepas berpisah.
“Kita tidak tahu apa yg akan berlaku pada masa akan datang. Kalau ditakdirkan ada jodoh, adalah, kalau tak ada tidak mengapa, kita boleh kekal sebagai kawan. Saya cuma doakan yang terbaik untuk Zara Zya.
“Tentang punca kami berpisah, kalau boleh biarlah ia kekal antara kami saja”
Diimbas kembali, Hafreez Adam dan Zara Zya mula berkenalan ketika berlakon bersama dalam drama Monalisa pada tahun 2017.
Dalam perancangan awal, mereka mahu melangsungkan pernikahan pada bulan Oktober tahun depan (tahun 2020).