Ini satu berita terkini yang amat mendukacitakan, pelawak terkenal tanah air dari kumpulan Bocey iaitu Abam, disahkan telah pergi untuk selamanya pada hari ini. Abam Bocey meninggal dunia di rumahnya di Gombak pada awal pagi hari Isnin.
Perkhabaran yang amat mendukacita dan terlalu mengejutkan ini disahkan oleh adik Abam iaitu pelawak Ali (Puteh).
Ini komen Ali Puteh: “Isteri kepada abang (Abam), telah call dan contact saya dan dia bagitau abang saya tak sedarkan diri. Saya terus bergegas ke rumah Abam dan ya, dia memang dah tak bernafas masa tu”
Ali dilihat memang terlalu sedih dan tak dapat nak kawal emosi nya ketika memyampaikan berita sedih ini.
Isteri kepada Abam iaitu Nor Hidayah turut mengesahkan hal berkenaan dan sebelum ini, Hidayah ada kata bahawa Abam kena demam dan ngadu tak rasa sihat sejak dua hari lepas.
Ini komen dari isteri Abam: “Beberapa hari yang lepas, suami (Abam) ada kena demam dan dia mengadu sakit kepala. Namun begitu apabila ajak dia ke hospital, dia tidak mahu ke sana. Kata Abam, dia hanya demam dan sakit kepala biasa saje. Tetapi, awal pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun masa tu, dia tidak ada beri respon dan tindak balas dari dia”
Hidayah turut terkejut dan amat sedih dengan hal yang mengejutkan ini, malah Hidayah dilihat menangis teresak-esak.
Untuk pengetahuan, Abam dan Nor Hidayah disatukan sebagai suami isteri pada tahun 2017 dan mereka berdua telah dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, yang kini baru sahaja berumur 5 bulan.
Abam atau nama penuhnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan baru saja berumur 32 tahun. Arwah Abam popular bersama kumpulan Bocey dengan rakannya Fad dan Acey. Abam juga abang kepada Ali iaitu pelawak popular dengan kumpulan Puteh. Takziah buat keluarga, Al fatihah.