Kisah kenapa ramai berpusu-pusu datang ke pengebumian Abam

5,001 views

Hari ini dunia seni tanah air mahu pun di media sosial telah digemparkan dengan berita yang mengejutkan apabila pelawak popular iaitu Abam Bocey telah meninggal dunia secara mengejut.

Dikatakan bahawa Abam Bocey atau nama sebenarnya iaitu Syed Umar Mokthar Bin Syed Mohd Redzuan telah tidak sedarkan diri di rumahnya dan di sedari oleh isterinya ketika mahu kejut solat subuh.

Pelakon dan pelawak ini yang baru sahaja berusia 32 tahun telah pergi menghadap ilahi dalam usia muda dan telah meninggalkan seorang isteri serta anak lelaki yang baru sahaja berusia lapa bulan.

Menurut adik beradik dan arwah isteri Abam, Abam dikatakan mengalami demam panas tiga hari yang lalu serta mengadu bahawa mengalami sakit kepala yang luar biasa.

Dia yang tidak mahu mendapatkan rawatan di hospital berpendapat bahawa ia adalah demam biasa dan hanya memakan ubat dan berehat di rumah.

Arwah Abam Bocey telah pun dengan sempurna disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu pada jam 7.30malam sebentar tadi.

Jenazah arwah telah tiba di Masjid Gombak Utara (Zakaria) lebih kurang jam 5.10 petang dan telah dimandikan, kafan serta disembahyangkan.

Antara tetamu yang hadir bagi menyempurnakan solat jenazah arwah dikatakan dihadiri lebih dari 2,000.

Kelihatan ramai rakan-rakan artis yang datang dan memberi penghormatan terakhir untuk pelakon dan pelawak itu. Tidak ketinggalan yang turut hadir ialah bekas Perdana Menteri iaitu DS Najib.

Rata-rata ramai yang berpendapat bahawa pemergian Abam Bocey adalah sebagai pemergian yang dicemburi ramai. Arwah juga mempunyai akhlak yang baik serta ramai rakan-rakan artis yang senang dengan sikapnya.

Menerusi satu perkongsian, ini punca kenapa Abam menerima begitu ramai tetamu yang memberi penghormatan kepadanya di saat arwah pergi buat selamanya. Apa amalan Al Marhum Syed Umar?

“Nombor 1: Abam sentiasa maafkan semua orang yang mengata dia badan besar. Dia taka da nak ambil hati sangat walaupun dia mesti terasa. Ada satu ketika Abam marah bila orang mengata anaknya. Katanya, jika nak mengata saya tak apa tetapi jangan mengata pada anaknya.”

“Nombor 2: Abam selalu pergi program dakwah. Aku ingat lagi bila rakan aku ustaz Halim Hafiz jemput dia program warung halal. Abam telah usahakan juga datang walaupun payment dia tak tinggi. Aku ingat lagi bila AJK masjid tanya aku siapa pelawak yang aku leh jemput untuk program. Yang aku ingat Abam dan Shahrol Shiro. Ini dua org pelawak yg tidak ada nak berkira jika nak buat program dakwah. Buat sahabat artis yg lain, mari kita belajar dgn al marhum Abam. Kita buat kebaikkan.”

“Nombor 3: Abam pernah sebut, dia sentiasa kuat kerja sebab nak bantu ibu dia dan juga keluarga. Dia mahu bawa ibu dia pergi kerjakan umrah dan bahagia kan orang sekeliling. Abam memang dah bawa ibunya ke umrah dan sentiasa jaga ibunya.”

Perkongsian ini dibuat oleh Pu Rahmat tentang antara amalan Abam.

Ini satu lagi perkongsian yang mengatakan beberapa ciri Abam ketika masih hidup.

1: Abam seorang anak yang baik, sentiasa nak senangkan ibu bapanya.

2: Seorang kawan yang baik, juga tentunya dua sahabatnya Fad dan Achey.

3: Sentiasa bersedekah dan buat baik serta menderma dengan pihak anak yatim

4: Seorang yang rendah diri dan disenangi ramai serta kawan-kawan.

Semoga arwah Abam Bocey di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin