Sari Yanti dan suaminya Jep Sepahtu, yang merupakan pelawak popular Malaysia, telah pun membuat satu pengumuman, berita gembira yang dikongsikan menerusi laman sosial Instagram milik Sari Yanti semalam.
Sempena sambutan ulang tahun perkahwinan dia dan Jep yang ketiga, Sari Yanti telah mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil 6 bulan dan juga merupakan anak kedua bersama Jep.
Sebelum ini Sari Yanti akui telah alami keguguran sebanyak dua kali sepanjang perkahwinan dengan Jep.
Jelas pelakon cantik molek ini, dia telah menyatakan rasa syukur yang teramat apabila usia bayi dalam kandungan ini telah pun mencecah hampir enam bulan. Melalui Instagram miliknya juga, Sari Yanti mendoakan hubungan rumah tangganya bersama Jep terus di rahmati Allah sehingga ke Jannah.
Sari Yanti juga sempat menitipkan kata-kata romantic buat Jep: “Syukur alhamdulillah dalam perjalanan kami ketika usia perkahwinan yang ketiga tahun, kami sedang menunggu ketibaannya ahli baru, insyaallah. Kami amat syukur dan ucapkan terima kasih kerana doa yang baik dari kalian semua. Semoga Allah dapat balas yang lebih baik kepada anda semua”
“Sebenarnya tidak pernah kisah pun kalau Jep rambut panjang ke pendek. Dua-dua pun sayangnya sama saje. Hatinya tetap sama. Tiada ada perbezaan. I love you my husband, Jep. Selamat ulangtahun perkahwinan yang ketiga. Nota kaki, my 6th pregnancy.
Sebagai rekod, Sari Yanti kini berusia 35 tahun dan sebelum ini dia telah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Eddy Casmady Che Hussein pada tanggal 2009 namun telah bercerai pada tahun 2014.
Pada 25 Febuari 2017 pula, pelakon ini pula telah berkahwin dengan pelawak iaitu Jep Sepahtu serta dikurniakan anak perempuan yang diberi nama Dariya Inara yang berumur 2 tahun.
Hasil perkahwinan daripada rumah tangga lalu, Sari Yanti telah pun dikurniakan dua orang anak lelaki yang dikenali sebagai Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq. Tahniah diucapkan buat Sari Yanti dan juga Jep yang bakal menimang cahaya mata baru lagi.