Tun M letak jawatan PM, Bersatu keluar PH, Azmin Ali dipecat

3,358 views

Keadaan amat kecoh lagi di media sosial sejak daripada semalam lagi apabila ada desas desus mengatakan bahawa kabinet kerajaan akan di rombak semula.

Namun apa yang terjadi pada hari ini apabila dilaporkan bahawa Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad telah pun melepaskan jawatan Perdana Menteri dengan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong iaitu Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah baru sahaja tadi.

Punca berlakunya tindakan peletakan jawatan yang dilakukan oleh Tun Mahathir dikatakan mempunyai kaitan terhadap pergolakan dalam politik yang terjadi dalam Pakatan Harapan (PH) ketika berlangsungnya mesyuarat Majlis Presiden pada jumaat lepas.

Pihak daripada Jabatan Perdana Menteri telah pun mengesahkan berita peletakan jawatan Tun Mahathir itu adalah benar serta surat peletakan jawatan Perdana Menteri sudah diserah pada Yang di- Pertuan Agong pada 1 tengahari tadi.

Selain daripada berita peletakan jawatan, Parti Bersatu juga telah pun mengumumkan telah keluar daripada Pakatan Harapan melalui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini komen Tan Sri: “MT dari parti BERSATU menerusi satu mesyuarat khas yang dibuat pada 23 Februari 2020 telah buat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dan ini termasuk Ahli Dewan Rakyat. Kesemuanya telah sign Akuan Bersumpah untuk sokong dan beri kepercayaan buat Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia. Keputusan ini telah dibuat setalah ambil kira perkembangan politik semasa dan untuk masa depan Malaysia”

Satu lagi, Datuk Azmin Ali dan juga Zuraida telah dipecat dari parti Keadilan serta merta dan ianya disahkan oleh wakil parti berkenaan.

Sebagai rekod, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke empat pada tahun 1981 sehingga 2003. Tun Mahathir telah mentadbir Malaysia selama 22 tahun dan telah meletak jawatan pada tahun 2003.

Apa yang menarik apabila pada pilihan raya ke 14 pada tahun 2018, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menjadi Perdana Menteri ke-7 Malaysia dan telah mencatat rekod yang merupakan Perdana Menteri tertua di dunia.

Pada hari ini juga satu lagi sejarah Malaysia bakal mencatat sejarah apabila Tun Mahathir sekali lagi telah pun menyerahkan surat peletakan jawatanya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Diharap kerajaan yang baru ini akan lebih mendatang kebaikan kepada negara kita.