Salah seorang peserta Gegar Vaganza musim terbaru telah menerima satu tamparan yang agak besar. Hilang punca pendapatan sejak tibanya wabak di serata dunia, penyanyi ini telah diarahkan keluar dari rumah sewanya.
Penyanyi Ashira mendedahkan hal yang mana dia kini telah dipaksa keluar rumah sewanya sehari sahaja setelah dia diumumkan sebagai salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke tujuh.
Rupanya dia dah tak mampu nak bayar rumah sewanya sejak 6 bulan yang lalu.
Sejak PKP pada bulan Mac, Ashira mula terhimpit dari segi kewangan kerana taka da lagi job untuk menyanyi.
Ashira yang kini berumur 35 tahun, mengatakan banyak cara dia dah cuba dan terpaksa ceburi untuk mendapat wang pendapatan.
“Sejak dari PKP lepas, hidup saya tak berapa elok dan hilang pendapatan. Saya nyanyi kat sebuah kelab malam namun ketika PKP tak dibenarkan kelab buka jadi kerana itu saya dah tak ada income yang stabil”.
“Memang banyak sangat cara dicuba untuk survive, contoh saya jual laksa dan bantu kawan jual barang dari online tapi tak banyak datangkan hasil. Malahan nak cari wang sampingan, saya cuba benda lain dan pernah buat live di aplikasi Bigo”.
“Semua kerja saya buat ni dapat lah utk selesaikan bil elektrik dan air namun masih tak lepas bayar sewa rumah. Enam bulan saya tidak dapat nak bayar. Kadang-dakanga saya bayar RM100 sahaja sebulan”.
“Allah bagi dugaan, apabila sehari lepas dapat tahu saya layak masuk GV musim baru ini, saya telah diminta keluar dari rumah itu dan saya kenalah serah kunci pada tuan rumah”.
Ashira sebenarnya dah berpisah dengan suami 5 tahun lepas dan kini duduk dengan anak lelaki berumur 14 tahun bernama Megat Shazril Haziq Hadi.
Sejak dihalau keluar rumah, Ashira menumpang kat rumah kakaknya dan kena berpisah dengan anaknya sebab rumah kecil.
“Sementara waktu ini, saya duduk dengan kakak namun kena berpisah dengan anak saya. Dia terpaksa duduk kat rumah kakak saya lagi seorang disebabkan tiada ruang dan rumah ini kecil”.
“Memang rasa down dan dah tiada keyakinan. Adakah saya dah jadi murung, saya tak tahu. Namun adakala saya menangis sebab diduga sampai macam ni”.
Lebih menyedihkan, anak Ashira turut terkesan akibat masalah kewangan yang dialami ibunya itu.
“Kerana ujian yang datang menimpa saya. Cikgu kat sekolah anak ada bagitahu melihat anak saya umpama stress lain seperti biasa. Anak saya tidak pernah cerita rasa hati dia, namun saya tak nak dia tertekan”.
Semoga Ashira berjaya dalam Gegar Vaganza musim ini dan dapat lah ubah nasib untuk dirinya dan juga anak.