Berani tayang tatu di badan, ini kenyataan Scha Elinnae

10,011 views

Pelakon muda berumur 21 tahun bernama Scha Elinnea, mula mencipta nama menerusi drama Mr Grey dan Cik Reen, Encik Ngok Ngek.

Namun Scha Elinnea boleh dikatakan lebih popular di laman media sosial kerana gadis ini sering tampil dengan imej yang agak terdedah ketika mengenakan pakaian dan berfesyen terutama ketika sedang bercuti.

Mempunyai empat ratus tujuh puluh ribu follower di Instagram, Scha sering upload gambar yang mencuri perhatian ramai.

Penampilan berani Scha Elinnea sekali lagi menjadi buah mulut apabila dia muatnaik beberapa keping gambar di atas katil sejak beberapa hari ini.

Lebih mengejutkan ramai, Scha ada menunjukkan tatu berupa tulisan dibahagian badannya, lebih spesifik lagi di area rusuk kanan.

Ramai yang mula tertanya tentang tatu berkenaan dan gambarnya menjadi viral.

Menjawab pertanyaan orang ramai tentang hal tatu itu, Scha Elinneaakhirnya tampil membuat satu kenyataan. Kata pelakon ini, sebenarnya tatu itu tidak kekal dan palsu sahaja.

Tatu tampal itu dibeli secara online sahaja dan bukannya tatu yang diacah.

Oleh kerana saya sedang holiday dan saya tak ada terlibat dengan sebarang penggambaran, saya saja je beli tatu palsu jenis pelekat. Bila sampai, saya terus lekat tatu tu. Saya bukan cacah tatu pun.”

“Ianya saya buat hanya sekadar suka-suka saja. Saya pun ada reply komen netizen yang tanya kat IG. Oleh itu, saya harap mereka faham dan jelas tentang isu ini. Saya tak pernah terlintas untuk buat macam itu”.

Dapat dilihat di ruang komen di gambar berkenaan, ada yang tanya tentang tatu berkenaan. Ramai juga yang menulis kata pujian kepada Scha Elinnea, terutama kecantikkannya.

Dalam perkembangan karier Scha Elinnea, katanya, dia bakal terlibat dengan beberapa penggambaran drama tak lama lagi. Antara drama lakonannya yang bakal ditayangkan pula ialah drama Hatimu Sedingin Kalbu, yang dibintangi pelakon utama Hisyam Hamid dan Aprena Manrose.