Ini mesej terbaru Farra kepada isteri Shuk

4,412 views

Setelah menjadi tular dan bahan bualan orang ramai, akhirnya wanita bernama Farra yang dikaitkan dengan rumah tangga Shuk tampil memberikan beberapa soalan.

Soalan-soalan ini diajukan kepada isteri Shuk iaitu Rossa Seraa yang datang ke rumah Farra semalam.

Melalui satu entry di Instagram, Rossa mendedahkan komen dari Farra yang menghalangnya untuk check sekiranya Shuk ada di rumah Farra.

Kata Farra, jika benar ada orang lain dalam rumah, dia meminta Rossa Seraa untuk memanggil pihak berkuasa buat pemeriksaan.

“Semalam kau cakap nak hubungi pihak jabatan agama (Jais) kalau aku tak bagi kau masuk rumah, aku persilakanlah kalau kau nak telefon pihak JAIS.”

“Aku beri tahu dan minta kau untuk call polis sekali. Kalau kau saja nak masuk, mintak maaflah ya, memang aku tak akan bagi masuk, sebab inikan rumah aku.”

“Lepas tu aku ada offer untuk buat video call tour seluruh rumah, setiap pelusuk aku akan tunjuk jika betullah aku ada sembunyikan manusia dalam rumah ni. Tapi kau pula tak mahu, kenapa.”

Farra kemudian ada bertanya beberapa soalan kepada Rossa Seraa. Jom lihat soalannya.

“Aku ada soalan, yang pertama, bila pula aku ada halau kau. Kau yang tak mahu balik dan nak tunggu depan rumah ni sampai manusia yang kau cari tu keluar. Jadi aku pun tutup pintu sambunglah tidur.”

“Soalan yang kedua, bila pula kau rayu sampai menangis. Kau beri arahan bukan merayu. Lepas tu cakap nak pecah pintu rumah ni.”

“Yang ketiganya, bila masa kau ada campak kasut dekat kau tu. Aku bagi kasut ikut celah jeriji besi.”

Itulah antara soalan dari Farra yang dilontar kepada isteri Shuk. Sehingga kini Shuk tak ada buat sebarang kenyataan tentang hal ini.