Tajul kantoi dengan isteri, main game Pubg dengan perempuan lain

5,046 views

Tajul telah menulis satu pengalaman yang dilalui olehnya berkaitan instinct seorang isteri. Jelas penyanyi ini, dia akui naluri isteri memang teramatlah kuat terutamanya sekiranya ia melibatkan hal yang berkait dengan rumah tangga.

Tentang pengalamannya, Tajul akui dia pernah terkantoi dengan isteri selepas didapati bermain game popular, Player Unknown’s Battlegrounds atau Pubg dengan player perempuan lain.

Dek kerana dah kantoi, Tajul terpaksalah delete game berkenaan dan akalau nak main balik kena pujuk isterinya itu.

“Memang betullah orang cakap, naluri seorang isteri tu memang kuat kepada suami. Kisahnya aku main PUBG dengan perempuan pun boleh terkantoi.”

“Lepas tu, aku kena uninstall game tu setahun lebih. Memang lama pujuk isteri untuk nak main game tu semula. Apapun aku syukur, alhamdulillah apa yang terjadi tu semuanya untuk kebaikan buat suami isteri juga.”

Bercerita lanjut tentang permainan game Pubg, Tajul kini dah tak main game berkenaan apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata sulungnya, Adriana Carisa.

Melalui satu kenyataan di sebuat portal pada tahun lepas, Tajul berkata dia mahu berikan tumpuan sepenuhnya untuk membesarkan anak sulung.

“Ketika umur anak empat bulan, saya memang layan anak saja. memang dah lama tak main PUBG sejak anak keluar, berhenti. Kalau tak uninstall, nanti asyik nal main game saja. Tidak mengapalah, dah jadi bapa kena berkorban sikit.”

Untuk info, Tajul telah berkahwin dengan gadis pilihan hatinya bernama Nurul Shamieza Eddie pada penghujung tahun 2017 dan mengambil pendekatan tidak mahu menghebohkannya.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berumur satu tahun. Isteri Tajul kini sedang mengandung anak kedua dan usia kandungan dah masuk ke trimester kedua, lebih kurang enam bulan.