Nama Durian Kimchi TV boleh dikatakan antara channel youtube yang amat popular di kalangan rakyat Malaysia.
Content untuk video-video dalam channel ini lebih memaparkan kisah perjalanan rumah tangga pasangan dari Malaysia iaitu Ryzal dan isterinya Maryam, seorang wanita berasal dari negara Korea Selatan.
Channel ini menjadi popular kerana ramai yang suka melihat telatah kedua-dua pasangan ini terutama Maryam.
Okey berbalik kepada satu isu yang berlaku, Datuk AC Mizal menerima krtitikan yang hebat dari netizen kerana membuat satyu lawak yang tak patut dibuat kepada Maryam.
Kejadian berlaku ketika Ryzal dan Maryan telah dijemput menjadi tetamu jemputan untuk rancangan bual bicara terbaru Ac Mizal iaitu Punchline DAC.
Seperti biasa, Ryzal dan Maryam akan buat video behind the scene, yang mana mereka akan merakam detik di belakang tabir ketika hadir ke rancangan berkenaan.
Video tersebut telahpun diupload di channel DurianKimchi TV. Akan tetapi, ada satu adegan yang membuatkan ramai netizen diluar sana tak berapa suka dengan Ac Mizal ni iaitu buat lawak yang tak senonoh.
Ini kata-kata AC Mizal yang cuba melawak kepada Maryam: “Malam Jumaat saya makan teopokki (makanan popular Korea). Tapi bunyinya lain. Teopokki, yes saya makan bunyi nya seakan sama tapi different taste.”
Kalau tak faham, ini videonya. Sila tonton.
Ryzal hanya mampu gelak sahaja dengan lawak dari Ac Mizal itu manakala Maryam kelihatan bingung dan blur.
Lawak double meaning dari Ac Mizal ini terus menerima komen dari netizen yang membidas lawak sedemikian.
Ada yang mengatakan sikap Ac Mizal ini tak wajar kerana mempermainkan nama makanan popular sesebuah negara lain.
Netizen juga kurang gemar dengan Ac Mizal yang sanggup buat lawak double meaning yang sepatutnya dibuat ke atas wanita lain apatah lagi didepan suaminya.
Jom baca banyak komen dari netizen tentang lawak Ac Mizal ini.
Itulah komen dari netizen setelah melihat atau menonton lawak dari Ac Mizal kepada Maryam.