Lamaran belon udara oleh Engku Emran, ini respon Erra Fazira

5,070 views

Antara isu yang jadi buah mulut netizen ialah cara lamaran Engku Emran kepada Noor Nabila iaitu ketika naiki belon panas.

Ini apabila ada netizen yang kenal pasti bahawa cara yang sama diguna pakai oleh Engku Emran ketika bersama bekas isteri keduanya iaitu Laudya Cynthia Bella.

Malah isu ini menjadi bualan oleh warga maya di negara seberang, Indonesia.

Melalui satu temubual oleh wartawan mStar ada tanya hal ini kepada bekas isteri Engku Emran iaitu Erra Fazira.

Ditanya tentang cara lamaran Engku Emran kepada Nabila dengan belon udara, yang turut diguna pakai ketika melamar Laudya Cynthia Bella, Erra Fazira hal itu tak perlu ditertawakan dan dia tak mahu ulas lanjut.

Tak patut kot, make fun of that thing. Itu cara dia nak melamar. Tak ada yang kelakar pun tentang hal itu. Saya pun pelik orang nak tertawakan hal itu.

Itu caranya, dia nak menghalalkan hubungan, dia nak approach pakai jet ke apa, itu keputusan dia. Orang lain cemburu dia tak dapat lamaran atas langit tu kot.”

Nampaknya bagi Erra Fazira hal ini tak perlulah nak ditertawakan, kerana ianya adalah cara tersendiri oleh Engku Emran. Itulah komen dari Erra Fazira tentang isu belon udara panas.

Tentang hubungan antara Engku Emran dan Noor Nabila, Erra Fazira berkata dia memang tahu kedua mereka ada hubungan.

Namun dia hanya tahu pernikahan antara mereka berdua, sama seperti orang lain, melalui media.

Saya tahu mereka ada berkawan, tetapi sama dengan orang lain juga, mereka kahwin baru saya tahu, di hari dorang kahwin. Macam gitu lah.”

Erra juga ada berkata dia bahagia dengan perkahwinan ini dan apa yang penting anaknya berasa bahagia.

Apapun tahniah diucapkan kepada Engku Emran dan juga Noor Nabila, semoga berbahagia.