Jaafar Onn naik semula namanya gara-gara satu watak yang dilakonkan dalam filem berjudul 18 Puasa Di Kampung Pisang.
Menerusi filem arahan Mamat Khalid itu, Jaafar Onn membawa watak sebagai syaitan bernama Tyson dan ternyata telah berjaya menjadi perhatian ramai.
Lakonannya dan wataknya menerima banyak komen, ada yang mengkritik kerana membuat watak syaitan dan ada yang memujinya.
Bagi pelakon berumur 70 tahun ini, untuk watak syaitan dan adanya gambaran neraka, Jaafar Onn merasakan ia boleh memberi kesedaran dan pengajaran kepada mulismin dan mulismah agar elakkan buat perkara yang ditegah oleh agama.
Watak syaitan bernama Tyson yang dibawanya itu pun sekadar hiburan saja. Malah segala reaksi yang dibuatnya itu adalah atas inisiatif dan idea dari Jaafar Onn sendiri.
“Bila penonton tengok, ini akan beri kesedaran untuk mereka. Mereka akan fikirkan neraka itu tempat untuk orang yang buat perkara yag tak baik dan berdosa. Pengajarannya, kenalah buat baik, kalau tak nak masuk situ.”
“Saya tak ada rasa kecik hati apabila diberikan watak ini. Watak ini saya memang boleh bawa dengan baik. Malah idea (seperti jelir lidah) datang dari saya sendiri dan bukan disuruh oleh Mamat Khalid. Mamat Khalid sukakannya dan lepas habis je babak, dia terus ketawa.”
“Mula tu saya tak tahu watak saya apa, bila tiba di lokasi di Kuala Kangsar baju semua dah siap, mekap semua tersedia. Masa tu barulah Mamat cerita tentang watak yang saya kena bawa. Saya okey je.”
Berkata tentang hubungannya dengan Mamat Khalid, Jaafar Onn akui dia takdelah rapat mana namun Mamat telah call dia dan panggilnya ‘idolaku’ ketika nak tawarkannya berlakon.
“Mamat telefon saya dan panggil saya idolaku masa nak offer berlakon. Saya nak ucapkannya terima kasih sebab undang saya. Memang dah lama saya tak berlakon.”
Jaafar Onn juga terkejut filem ini mendapat sambutan sehingga ada yang dah kembali mengenali dirinya.
“Semua orang kata saya jadi trending. Saya inga apalah yang trending tu. Rupanya sekarang ramai dah kenal saya semula dan nak bergambar, termasuklah budak-budak pun ada.”
Jaafar Onn sebelum ini popular dengan drama Cili Padi. Dia amat bersyukur kerana filem 18 Puasa ini berjaya mengutip RM3 juta.